Thursday 18 August 2011

SAYA BLOGGER PRIHATIN!!

Assalamualaikum w.b.t..

Harini join segmen Ben Ashaari pulak!! 
Klik SINI !

Santai Bersama BEN ASHAARI




Wednesday 17 August 2011

Contest : Saya Gadis Bertudung


Assalamualaikum..

Harini saya, Nurfarhanah binti Mazlan, nak join contest yang di anjurkan oleh Cik Ika. haha. 
Poyola makcik oi. Ok stop mumbling! Contest ini senang ya amat. Hopefully kita dapat tudung baru nanti. hehe..

Sila tengok procedure-procedure yang diberikan oleh pihak Cik Ika :

1. Buat 1 entry bertajuk Saya Gadis Bertudung.
DAH!
2. Letak gambar anda bertudung, xkisah tudung jenis apa asalkan menutup aurat & gaya yang baik.
( tak semestinya nampak muka.. )
      p/s : gmbr edit2 pon bole =)
DAH BAWAH NI!





3. Lengkapkan ayat ni : Saya bangga menjadi gadis bertudung kerana ... ( xkisah pnjg mne pon )

"Saya bangga menjadi gadis bertudung demi menutup aurat. Allah S.W.T mewajibkan seorang wanita muslim untk menutupi auratnya. Seperti yang dinyatakan di dalam ayat di bawah.
"Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah
menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu
dan pakaian indah untuk perhiasan.
Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.

Yang demikian itu adalah sebahagian dari
tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan
mereka selalu ingat".

Surah Al.A'araaf (26)

Dewasa ini, tudung mempunyai berbagai-bagai jenis dan berbagai-bagai gaya yang boleh di aplikasikan dalam hidup seorang muslimah sejati. Salendang ada, tudung ekin pun ada, tudung bawal lagi, pashmina lah. Macam-macam kan. Jadi tak ada masalah kalau kita nak mangikuti fesyen terkini walaupun bertudungkan? asalkan masih berlandaskan kehendak syaraklah. Ada lagi satu yang saya nak share kat sini,
ustazah kita selalu kata biar pun kita memilih sangat pilih tudung, nak yang paling chantek kat dunia ni ke, yang paling mahal pun (biar ikut kemampuan dirilah kan), asalkan kita ada niat nak tutup kepala(aurat) kita akan tetap dapat pahala kerana kita ikut perintah Allah S.W.T, Pencipta Kita."

Perempuan yang bertudung biasanya akan jaga juga aurat-aurat yang lain. Sebab tu lah kadang-kadang kita tengok perempuan yang pakai tdung ni manis-manis je semua. Sopan je.. Chumel pun ade. Yang penting kita jaga penampilan diri, kemas, dan yang paling penting,, perangai tu!!!! Kalau dah pakai tudung tu, kita cuba menyopankan diri kita di hadapan orang ramai agar orang memandang tinggi kepada wanita-wanita muslimah ini. Manalah tau, nanti ada orang bukan muslim tertarik pada Islam selepas tengok diri kitakan, dah dapat pahala.. Alhamdulillah.. 
Dah la, macam panjang sangat da entry ini, hehe~ sory ya Cik Ika kena baca panjang-panjang pula. huhuhu.. Lastly, kepada wanita muslim, jagalah auratmu.  (^_^)>

4. Letak banner diatas ni di bahagian atas entri anda kemudian link ke segmen ni.
DAH DAH!
5. Dah siap tinggalkan link anda kat Cik Ika oke.
DAH DAH DAH JUGAK, HEEE!
6. Hanya perempuan shaja. ( jangan ada plak laki yang nak join hehe )
SHAYA MEMANG PEREMPUAN LAH!
7. Pemenang dipilih berdasarkan gambar yang elok+sopan dan juga statement yang dibuat.
SOPANLAH KOT. PILIHLAH SAYA CIK IKA.. HUHU! ^_^

TARIKH TUTUP : 24 Ogos 2011 jam 12 t/h

3 pemenang utama akan menerima koleksi tudung dari CARTIECA CLOSET.
semua peserta yang join akan dimasukkan dalam senarai Gadis Bertudung di ruangan sidebar blog Cik Ika sehingga 31 Ogos 2011. 

SELAMAT MENCUBA 
          wahai Gadis Bertudung yang cumil..
Cumilkerr? Cik Ika lagi chomel. ngee lagi~~ hehe.



YEAYY!! Dah siap pon entry ny. Kengkawan sume pun joinlah ye? Doakan kejayaanku. ngeee~~ 
..WASSALAm..





Thursday 11 August 2011

Tips Memujuk Pakwe Secara Psiko

Assalamualaikum, salam Ramadhan.

Malam ni aku tak busy coz assignment semua dah siap and tak ada kuiz pada esok hari. Hanya kelas biasa je esok.  Sekali tup-tup lecturer aku tuh buat surprisekan, memang nahas la aku. Pape jelah, malas nak fikir about study sehari ni boleh tak? -_- haha.. 

So aku ambil kesempatan ini untuk meng-update velog ku yang pink ni. Kenapa pink? aku pun tak tahu padahal aku takdelah fanatik sangat pun dengan pink ini, tapi entah, macam ceria je rasanya suasana kan kan kan? setuju je taw korang. huehuehue..

HOWKAYH, fine. Aku dah lari tajuk. Sebenarnya, aku nak share lah kan macam mana cara-cara nak pujuk lelaki apabila dia merajuk or touching dengan kauorang. Almaklumlahkan, dah melewati zaman millenium ni, orang lelaki pun dah pandai tiru perangai orang perempuan. taknak kalah pulak tuh, sifat yang tak dapat lari daripada lelaki, ego. Maaflah ea andai ada yang tidak berpus hati. Ini hanyalah pandangan aku je.


But first, MENGAPA LELAKI MERAJUK OH?

Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya. Perselisihan faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati dan dia mengambil keputusan untuk membawa diri (merajuk) dan mendiamkan diri dengan tidak membalas mesej atau mengangkat call. Pernahkah anda melaluinya? sama kan kan kan? haha. Sayang aku pun sama kadang-kadang. Tapi dia mana boleh jauh daripada aku, kejap je lagi dia dah baik.

SOOOO,
MACAM NE NAK HANDLE SI DIA NI??

Terdapat 4 tips yang dapat kauorang gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang aku share kat sini dapat membantu kauorang dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu. :)

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian



Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan



Kauorang sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya



Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri kauorang daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran kauorang akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada kauorang kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati kauorang



Ya, adalah lebih baik kauorang mengembirakan hati anda sendiri daripada kauorang memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri kauorang.

Kalau si dia tetap merajuk lagi, memang dia punya ego sangat tinggi la tu. So, kauorang pandai-pandai la pujuk dia ye kalau dah lama sangat tu. Tkot si dia berubah arah pulak nanti. haha..


SELAmAT MENCUBA!!





Friday 5 August 2011

Peminat sinetron


Assalamualaikum dan selamat berbuka kepada semua umat Islam pada hari yang ke-5 kita di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Harini lepas berbuka tadi, aku terus mengadap lappy. Then rasa macam nak update blog je. Tapi kali ini bukan nak cerita pasal diri aku je tapi nak cerita pasal...

 KORANG YANG SUKA CECANGAT TENGOK SINETRON TU!

Siapa yang suka tengok sinetron? kau? aku? Aku suka sedikit je sebabnya aku malas betul nak mengadap cerita dia yang tak habis-habis sampai beratus-ratus episod. Tak penatke agaknya pengarah, pelakon dengan pekerja-pekeja under sinetron-sinetron ini haa. Kalau aku, mesti dah bosan nye. serius! 

ANTARA SINETRON YANG PERNAH HOT DEKAT MALAYSIA INI:

Bawang putih Bawang Merah
Kahwin Masal
Mutiara Hati
Cinta Laura

Putri yang Ditukar


Ada tak yang pernah tengok cerite-cerita ini? Mesti pernahkan. Aku pernah tengok sume cerita kat atas ini tapikan kan kan, aku tengok permulaan dengan hujung dia je u!! Memang aku sangat pemalas nak feeling dia. Balik-balik ada orang ketigalah, mak tiri yang jahat yang tak mati-mati lah, sama je la kalau nak di banding kan sinetron-sinetron Indonesia ini, bagi akulah bagi yang tidak setuju harap maaf ya pak!! ini ada lagi satu benda aku nak share dengan kauorang,

TANDA-TANDA KORANG TERLEBIH TONTON SINETRON:

1.  Korang suka buat aksi terkejut @ marah dengan mimik muka yang super-duper over yakni mulut ternganga luas dan bijik mata dibeliakkan sampai nak terkeluar. Sejibik apa dengan muka pelakon sinetron kan?? Aku dah kata. hehe.

2.  Berupaya berbahasa Indonesia dengan fasih dan dalam masa yang sama terlupa dah berBahasa Malaysia. haha. Ambik kau sejibik lagi kena.

3.  Ini untuk yang dah mendirikan rumah tangga pula, laki balik mengamuk tak hingat sampai nak bakar je televisyen dekat rumah korang tu pasal korang masih belum masak tatkala beliau @ suami baru balik kerja. Yelah kan, mana taknya, balik rumah penat-penat dan lapar lagi boleh pulak kauorang mengadap sinetron! haha.

4.  Memanggil orang laki-laki dengan panggilan "mas" sampaikan orang tu sendiri terteleng-teleng kepala mencari siapa sebanarnya yang korang panggil selain dia. Pernah tak berlaku kat kauorang? Yang ini aku rasa aku pernah kot mengalaminya. kih3!


So, kalau la korang ada ciri-ciri diatas, kauorang adalah salah seorang peminat fanatik sinetron yang semakin berleluasa di Malaysia kini. Chaiyok2! hehehe..

Ini je aku nak share dengan korang. peace. (^_^)>



SALAM 1 MALAYSIA! haha..
BYE BYE.




p/s: daipada boring-boring duduk rumah tu, feeling sinetron best jugakkan? ;P


Thursday 4 August 2011

ecadwinkyasha's giveaway

Assalamualaikum..

Ini my first time join giveaway..
hOpe that i'm lucky!


Btw kawan-kawan, GiveAway ini dianjurkan oleh eca. Sapa dia eca?? Haaa,,,.. Segala teka-teki anda terjawab di bawah!

...............
;;;;;;;;;;;;;;;
::::::::::::::::
...............
;;;;;;;;;;;;;;;
::::::::::::::::::::::::::::::
::::::::::::::::::
..


jeng3~ ^_^


Ini lah dia pemilik blog yang menganjurkan GA ini!
ecadwinkyasha~






Marilah kita beramai-ramai join GA nie, manalah tahu nasib korang baikkan? ;)
wink-wink eca! hehe.
i love ur blog, so nice to see. \(^_^)/




p/s: Selamat Berpuasa

Wednesday 3 August 2011

SEMANGAT!

assalamualaikum.

ADUH!! 

cuti 3 hari bagaikan tiada apa-apa pun yang aku buat ketika di rumah. Lepak-lepak, tengok tv, makan tidur, itu jelah yang aku buat sepanjang masa. Kalau my family or cik boypie tidak ajak keluar, melanguk lah aku kat rumah. Habis lah semua cita-cita aku untuk kurus. hahaha. P dalam bulan puasa ini akan aku diet habis-habisan demi mempejuangkan cita-cita ku. Err, adahah semua orang pun diet kan dalam bulan puasa. apela-apela.

Aku ini kan tak tahulah kenapa kalau keluar dengan family aku jarang sikit ambil gambar, kalau keluar dengan cik boypie tue haa, henfon melekat je kat tangan den. ooh, aq rase maybe coz aq selalu kot dengan family than cik boypie. err, yeke? u think? I really don't know either. That's why lah banyak gambar cik boypie dari gambar family aku dalam blog aku ini.


ini dia antara gambar cik boypie yang aku baru ambil masa jumpa semalam.


so cute la you ny ~.~


mmuah3! panjangnye muncung..

Ini sahajalah gambar-gambar yang dapat disiarkan. Disebabkan bulan puasa, bulan yang mulia ini aku tidak larat untuk memasukkan berbanyak-banyak gambar ke dalam blog ini. Cukuplah sekadar ini okay guys?


Dah dekat u ny, kalau aku boring, tengok movie, wat assignment, n blogwalking je la. kadang-kadang rasa bosan jugak tapi nak buat macamanakan, kita sebagai manusia kenalah mengharungi hidup dengan hati yang terbuka. hahaha. 


Supposely, my baby2 gurlz ajak pergi berbuka kat luar, but hampa ohh ! bila kereta sewa yang sepatutnya disewa oleh kami telahpun disewa oleh orang lain. hurmm.


Maybe next time, err, I think enough for today.
BYE BYE