Thursday 10 November 2011

Alhamdulillah..

Asssalamualaikum.





ALHAMDULILLAH.


Satu perkataan yang pendek namun besar nikmatnya. Aku rasa sangat bersyukur dan berterima kasih pada Allah, tuhan yang menjadikan aku di dunia ini. Aku berterima kasih padanya kerana DIA mendengar keluhan ku, resah gelisah ku sewaktu sedih dan gembira walaupun aku hanyalah seorang hamba-Nya yang kerdil.. Begitu kerdil ku rasa diriku ini pada-Nya. Sedangkan DIA telah menolongku, mendengar doaku... TERIMA KASIH YA ALLAH!!!

Aku ingat lagi masa first semester aku fail satu subjek, aku bagitahu both of my parents, air muka diorang terus berubah. Aku tahu diorang sedih,, tapi benda dah jadi kan, Kalaulah aku tahu result aku macamni teruk, takkan aku main-main awal sem dulu. menyesal sangat-sangat,,
Masa semester ke-dua, aku dah tak ada repeat dah, pointer aku pun naik sikit, lega sikit parents aku dengar bile aku cakap macamtu. 

Tapi,, aku nak sangat tunjuk dekat mak abah aku yang aku pun boleh berjaya macam orang lain. Kakak aku pun dulu boleh kata setiap sem DEAN LIST! Aku? Sekali pun tak ada lagi.. Masa semester 3 dekat universiti baru aku dapat sesuaikan diri dengan keadaan, masa lecturer mengaja, aku pay attention betul2, pastu setiap malam aku akan belajar balik ape yang aku dah belajar siang tadi. Aku betul-betul serius nak tunjuk dekat mak abah yang aku pun boleh jadi hebat macam orang lain. Setiap malam aku berdoa
"Ya ALLAH, berjayakanlah aku menggembirakan kedua-dua ibubapaku dengan mendapat keputusan yang cemerlang pada sem ini ya Allah, aku tidak mahu melihat mereka sedih lagi dan berputus harapan padaku ya- Allah". menangis-nangis kadang-kadang aku bila baca doa ini, sebab aku betul-betul mahukan yang terbaik buat diriku dan orang yang aku sayangi.

Betul lah apa yang ustaz-ustaz  dan para ulama cakap selama ini.

DENGAN USAHA DAN DOA, TIADA YANG MUSTAHIL BUAT UMAT-NYA.

Akhirnya, apabila result keluar, aku terkejut amat sangat dan terus bersujud, mengucapkan rasa syukurku pada Ilahi. And haritu aku rasa dekat seratus kali aku cakap alhamdulillah apabila teringatkan keputusan itu. Mak Abah aku pun punya lah gembira, diorang cakap " BAGUS ANGAH! Macam ni lah anak mak abah!".  Hee~ lega hatiku mendengar perkataan itu. Mereka bangga dengan ku. Terima kasih sangat-sangat ya Allah kerana memberiku nikmat dan rahmat-mu.

Aku berjanji pada diriku aku akan sentiasa berusaha untuk berjaya di masa hadapan. Aku akan gembirakan hati mak abah.


SO, Aku harap sangat...

Kepada semua yang membaca, jangan pernah berputus asa dalam mengejar ilmu, seseungguhnya ilmu itulah yang menjadi penentu hidup kita didunia dan di akhirat kelak. Kalaupun korang ada banyak subjek yang GAGAL, tak smestinya korang pun gagal. Kita kena tabah hadapi semua tu demi masa hadapan kita dan keluarga. Jangan sesekali berfikir untuk berhenti belajar. Jangan buat ibubapa kita sedih, berputus asa pada kita. Mereka hantar kita ke universiti untuk mengubah nasib kita, masa depan keluarga. Jangan pernah hancurkan harapan mereka tu. Yang penting sepenting-pentingnya adalah usaha dan doa. Insyaallah, semua subjek yang kita fail ke tak fail ke, semua akan lulus cemerlang.

 amin.