Saturday 8 December 2012

Awal semester akhir?



Tu diaa...
Tajuk mengelirukan? Biasa,,, trademark aku. bhaaha..

Bukan ape, saja je aku nak cerita pasal semester akhir aku di UiTM Segamat ni. Sebagai kenangan di masa hadapan nanti. Poyonye ayat ko ni fana, hah, tu yang korang rasa kan? Aku pun rasa begitu. kihkihkih..

OOOpppsss, sebelum aku lari ke topik yang merapu, sebenarnya aku nak cerita pasal aku bawak kawan aku, @Jamilah_Johan ni pergi klinik coz tangan dia kena gatal-gatal. Dia taknak pergi klinik kerajaan coz katanya dia dah pergi tapi tak baik-baik. Apa nak katakan,, aku pun temankan lah dia pergi klinik swasta kat segamat tu. Klinik Ali namanya.

Tapi service klinik tu sangatlah poor, registration setengah jam,, tunggu doktor setengah jam lagi. Dekat satu jam jugaklah kitorang dekat klinik tu, padahal takda orang pun masa tu. 

Bila dah dapat masuk, kena marah pulak. hahaha.

Masuk-masuk je...

Doktor : Jamilah ye, kenapa? apa masalah?
Jamilah : Ni tangan saya ni doktor, dia macam nak hilang cap jari.
Aku : (nak tergelak je)
Doktor : (Dia pun tak tahu nak buat apa dia belek-belek tangan milah, pastu dia cek blood pressure, pastu dia check mata. Motif?? )
Aku : Milah, cakaplah kau sakit kepala kan tadi?
Doktor : Apa?
Jamilah : Takda, tadi tunggu lama sakit kepala. (milah ni memang gelabah sikit)
Doktor : Hey awak ingat saja-saja je ke saya nak lambat? tengok budak tu" sambil tunjuk dekat belakang bilik tu ada budak sedang terbaring Sawan katanya.

Tapi kitorang bukan nak buat dia terasa, milah tu memang gelabah sikit, takyah la nak marah-marah! haishh!!  Nyampah betul aku kalau orang kerek-kerek ni. APTB!

Lepas ni Milah, kita pergi klinik lain jelah. Jangan pergi klinik tu lagi. hahaha

Ni gambar-gambar semasa di Klinik Ali tu ;

Tengok tu, @Jamilah_Johan promote ubat dia.

Me with Milah. :D

Okayyy.. Abaikan muncung saya. hahaha.

\
That's all from me..

Assalamualaikum.. :*











Aku terima kamu seadanya...



Assalamualaikum..

haa,, tajuk nak jiwang jiwang.. 

Sebenarnya tajuk tu bukan untuk siapa-siapa, maksud siapa disitu tu oranglah kan. Tapi ia adalah untuk result aku. huhuhu
 hurrmmm,,, tak sangka jatuh sem ni. Apalah nak jadi dengan aku ni kan..
Tak pelah,, aku rasa aku dah cuba yang terbaik.

Papepun syukur ALHAMDULILLAH YA ALLAH..

Aku rasa sem lepas pointer jadi macam ni maybe sebab layan korea banyak sangat! hurrmmm,, penangan korea dalam hidupku.

But then semester ni, aku takkan abaikan pelajaran lagi coz this is my last semester for Diploma in Banking. Kawan-kawan please doakan saya jugak ea..

Assalamualaikum.. ;)