Saturday, 8 December 2012

Awal semester akhir?



Tu diaa...
Tajuk mengelirukan? Biasa,,, trademark aku. bhaaha..

Bukan ape, saja je aku nak cerita pasal semester akhir aku di UiTM Segamat ni. Sebagai kenangan di masa hadapan nanti. Poyonye ayat ko ni fana, hah, tu yang korang rasa kan? Aku pun rasa begitu. kihkihkih..

OOOpppsss, sebelum aku lari ke topik yang merapu, sebenarnya aku nak cerita pasal aku bawak kawan aku, @Jamilah_Johan ni pergi klinik coz tangan dia kena gatal-gatal. Dia taknak pergi klinik kerajaan coz katanya dia dah pergi tapi tak baik-baik. Apa nak katakan,, aku pun temankan lah dia pergi klinik swasta kat segamat tu. Klinik Ali namanya.

Tapi service klinik tu sangatlah poor, registration setengah jam,, tunggu doktor setengah jam lagi. Dekat satu jam jugaklah kitorang dekat klinik tu, padahal takda orang pun masa tu. 

Bila dah dapat masuk, kena marah pulak. hahaha.

Masuk-masuk je...

Doktor : Jamilah ye, kenapa? apa masalah?
Jamilah : Ni tangan saya ni doktor, dia macam nak hilang cap jari.
Aku : (nak tergelak je)
Doktor : (Dia pun tak tahu nak buat apa dia belek-belek tangan milah, pastu dia cek blood pressure, pastu dia check mata. Motif?? )
Aku : Milah, cakaplah kau sakit kepala kan tadi?
Doktor : Apa?
Jamilah : Takda, tadi tunggu lama sakit kepala. (milah ni memang gelabah sikit)
Doktor : Hey awak ingat saja-saja je ke saya nak lambat? tengok budak tu" sambil tunjuk dekat belakang bilik tu ada budak sedang terbaring Sawan katanya.

Tapi kitorang bukan nak buat dia terasa, milah tu memang gelabah sikit, takyah la nak marah-marah! haishh!!  Nyampah betul aku kalau orang kerek-kerek ni. APTB!

Lepas ni Milah, kita pergi klinik lain jelah. Jangan pergi klinik tu lagi. hahaha

Ni gambar-gambar semasa di Klinik Ali tu ;

Tengok tu, @Jamilah_Johan promote ubat dia.

Me with Milah. :D

Okayyy.. Abaikan muncung saya. hahaha.

\
That's all from me..

Assalamualaikum.. :*











Aku terima kamu seadanya...



Assalamualaikum..

haa,, tajuk nak jiwang jiwang.. 

Sebenarnya tajuk tu bukan untuk siapa-siapa, maksud siapa disitu tu oranglah kan. Tapi ia adalah untuk result aku. huhuhu
 hurrmmm,,, tak sangka jatuh sem ni. Apalah nak jadi dengan aku ni kan..
Tak pelah,, aku rasa aku dah cuba yang terbaik.

Papepun syukur ALHAMDULILLAH YA ALLAH..

Aku rasa sem lepas pointer jadi macam ni maybe sebab layan korea banyak sangat! hurrmmm,, penangan korea dalam hidupku.

But then semester ni, aku takkan abaikan pelajaran lagi coz this is my last semester for Diploma in Banking. Kawan-kawan please doakan saya jugak ea..

Assalamualaikum.. ;)

Thursday, 16 August 2012

AT LAST!!


At Last!!

Aku dapat memiikinya (even mak yang beli) setelah beberapa kali memujuk mak and abah untuk membelikannya untuk ku. 

Aku nak sangat benda ni since aku join Photography Club (PHOCUS) UiTM Segamat. First time aku pegang benda ni, orang punya je, pinjam. Excited sangat. 

Then, nak dijadikan cerita, semalam mak abah ambil aku dekat UiTM, balik tu kitorang lepak kat tepi sungai Muar jap. Pastu adik aku mintak abah kunci kereta. Tup-tup dia dtg balik bawak kamera.
Pergh, D5100 plak tu!! memang pujaan ku. Terus aku menjerit kat situ,

WAAA!! kamera!! BILA BELI NI?? 

Punya lah excited. Tak sangka pulak usaha aku membodek selama ni menjadi realiti. wakaka.








Dah dapt kamera, pe lagii, berphotoshoot lah aq je kerja. Maybe later I'll update about it. :P

Tuesday, 14 August 2012

Balik Kampung



Kalau dah merantau, rasa nak balik kampung tu lain macam sikit. Lagi-lagi kalau tak balik rumah lagi ramadhan ni.  Tadi last kelas, lecturer baru cakap "okay class saya nak ucapkan..." Bebudak kelas aku terus YEYY!!!! Selamat Hari Raya sir,, kitorang dah nak balik kampung ni.. wahaha..


Tak senonoh je budak. Lecturer belom habiskan ucapan dia lagi. saboo jelah. :D Even ada yang balik lewat sikit dah siap-siap kemas barang. Bilik aku dah penoh dengan beg-beg yang nak di bawak balik oleh roomate-roomate aku untuk raya kali ni.

Ni lah buktinya.

Aku rasa nak bawak banyak barang balik, tapi kemas-kemas tak tahu pulak apa yang nak di bawak balik. Last-last bawak beg kecik ni and laptopje. 

Tapi abah and mak datang ambil petang, cepatlaa masa berlalu. Tak sabar nak balik kampung..




MELAKA!!! Wait for me,, I'm coming home!!

People changing




Betullah orang cakap selama ni.

MANUSIA MEMANG CEPAT BERUBAH!!

Perubahan yang sangat drastik itu membuatkan hati aku yang kental dulunya kini menjadi sgt lemah. Sampaikan kalau jumpa dengan diorang pun aku dah boleh nampak aura bencinya diorang dekat aku.

even diorang buat macam biasa je, tapi diri kita sendiri automatically akan tahu yang diaorang sudah berubah.

Dan apabila satu hari terlihat bukti yang benar-benar membuktikan kebencian mereka padaku, barulah aku sedar. Hati yang dahulunya keras, kental seperti kaca kini berderai , retak bukanlah seribu, malahan jutaan keretakan.

Sekarang aku cuba bangkit kembali, cuba kembali seperti biasa.

Tetapi....
hati aku seperti diratah apabila berdepan mereka.

Why farhana?
Dulu kaulah yang paling kuat gelak, bising dalam kelas, aktif je.
Sekarang ni pergi kelas pun layu je..
Jangan tanya aku kenapa.
Semua berpunca dari kamu dan kamu.

Aku ni bukan manusia yang cepat melupakan. Parut di hati aku masih berdarah. Tak tahu bila sembuh. 

Tapi jikalau benar kamu dan kamu benar-benar telah berubah, mungkin aku akan memaafkan. 

Jika tidak, aku takkan pernah memaafkan. Dan aku juga takkan pernah menyesal kehilangan kawan seperti kamu. 

Sebab aku tak pernah dapat kawan yang makan kawan. Ini lah first time dalam hidup aku dan aku rasa aku takkan lupakan sampai bila-bila.

Andai terjadi pada korang, aku rasa barulah korang akan terasa betapa sakitnya hati. 

Maaf kalau ada terbuat korang teras ke apa ea.. Tapi inilah isi hati aku. Seorang kawan yang setia tetapi dikhianati. 



assalamualaikum..




*still feeling sad.


Monday, 13 August 2012

Photoshoot

Assalamualaikum..

Pada suatu hari yang hening, kami roomate2 telah mencapai kata semangat untuk memasuki pertandingan photography anjuran kelab PHOCUS. Saja-saja je main-main ambil gambar guna kamera D5100. Boleh tahan jugak gambar dia. First time pakai lah kata.

Lagipun hadiah dia lumayan jugak. 

First prize: RM150
Second prize: RM100
Third prize: RM70



TEMA?? : RETRO

Ni gambar aku men-men jek. HAHAHA.



Ni sebenarnya gambar-gambar yang dipertandingkan: 





Aku tahu aku tak sepatutnya jadi model kat situ. Tapi bebudak ni suruh jugak. Amek la gambo model tak bertauliah haaa...  -__-"


After Photoshoot session :


Ni lah dia junior-junior aku yang officially menjadi partner dalam contest ni. ;)




Siti Hajar Osman. (I am JPK Sektor B Kolej okayyy) hahaha. jan marah hajar, gurau-gurau. :D


Soo,, Keputusan pertandingan????


Korang dah boleh expect sendiri kan? bhahaha. so just SHUT YOUR MOUTH UP!!!


 OK BYEEEE....



Saturday, 28 July 2012

RELATIONSHIP

Assalamualaikum.,,,

Harini nak cerita sikit pasal cerita peribadi aku..

As we all know, whatever relationship will have problems right? Because there is no one perfect in this world.
But this problem comes from me. from my own mistakes. not him.
he didn't do wrong at all..

But me, is the one who always makes trouble to him.. I don't know why.. :'(

After the things happen, I always wondering about what am I'm gonna be when I am at his situations. Maybe I will not accept him again.. :(

But him...,, 
was never give up on me..

That's why I have make decision to choose you..
Because I know only you the one for me.

Who are always besides me,
Who are willing to do anything for my happiness,
Who's who always take care of me,
Who always make me smile,
Who are always want to take care of me for the rest of my life..


I promised you that I will never something stupid again. From now, I know I only love you.. 
Deep in my heart, only you inside it..

Maybe I just forget it at that time,, but now I realised we have been together for a long time. But you never stop massaging me, calling me, hanging out with me without any excuse and feeling bored.

BUT

now, I promised you honey that I'll try the best for our relationship..
Bukti cintaku untuk mu... <3

I LOVE YOU SO MUCH!!


Monday, 23 April 2012

Edit gambar

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..,,
dan
Salam sejahtera.

Today I wanna talk about editing photos. Ecece mak minak skipping london gituh. HAHAHA.. Yelah, angan-angan nak ke luar negara, tapi belum kesampaian lagi. Insyaallah, one day this "MAT JENIN" dreams will become true.

EHhh,, lari topik betullah budak busuk nie. Sebenarnya aku nak cita pasal edit-mengedit gambar jep. Aku nieyh obses gilak bab edit-mengedit gambaq. suka jadikan dia macam ekskusip sikit sebab nak bagi abang-abang and mak minah di luar sana tgok gambar aku tuh.

Dulu aku guna Picnik.com but sekarang dah tutup coz diorang dah koin GOOGLE+ and whatever blablabla aku bace kat google. But now, there is one place that is more exciting for editing pictures.


THAT IS,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,




Tempat baru ni lagi best and cantik untuk orang yang sebenarnya tak reti sangat mengedit menggunakan Adobe Potoshop or whatever benda alah yang sangat complicated yang aku belajar dari kecik pai beso pun tak dapat-dapat jugak tangkap. HUHUHU. (jan mare haaa..)

So, ada satu photos nak tunjuk before and after editing.

BEFORE



AFTER

Kita boleh saksikan effect dia sangat effective ye mak minah walaupun hanya satu klik. Kelassss gitu..

Okelah, Selamat mencuba,, ^___^

Monday, 20 February 2012

Love is basic necessities in human life. :)


Will you love me in December as you do in May,

Will you love me in the good old fashioned way?

When my hair has all turned gray,

Will you kiss me then and say,

That you love me in December as you do in May?

~James J. Walker


Are you  love me that way? can you my dear? 

I know.......

Maybe I'm not as beautiful as any other girls,
Maybe I'm not has something that you want,
Maybe I'm doing something that you don't want to,
Maybe I'm not as perfect as you want..


But I always do the best for you,
BECAUSE,
I really want ...,

To be the only one that you loved,
To be whom you shared everything,
To be someone that you remember in your moments,
To be the one that you always wanted to look at,
To be the one that shining your life,
To be the one that brightening up your days,
To be someone that you care most,
To be someone you ever dream,
To be the only person that you always miss,

And the most important part that I really wanted is
To be someone that you wanna shared your life with..


Can I be the one dear..?
Maybe yes, maybe not.
We'll never know..
But as long as you love me,
You'll be the only one who has my heart..

Remember my words dear,
remember our promises.

Insyaallah,
our love will grow bigger and bigger
and some fine day, 
our dream will come true..






Love,
Nurfarhanah binti Mazlan.


For you the only one,
SHARIFUDIN ZAINAL




Saturday, 10 December 2011

SAYANG PAKWE BERPADA-PADA, SAYANG FAMILY BUAT SELAMANYA. :)

Assalamualaikum.

Tajuk entry yang aku sendiri tak percaya aku tulis.

SAYANG PAKWE BERPADA-PADA, SAYANG FAMILY BUAT SELAMANYA..

Encik pakwe, entry ni bukan nak cakap yang I tak sayang you taw. Sayang sangat taw. hehe. :)

Just nak share dekat kawan-kawan yang tak kira kita dimana, susah dan senang, suka dan duka kita, tempat kita mengadu,, tanya pendapat dekat siapa? FAMILY. kann.. Kalau kita bergaduh dengan pakwe ke mula la nak nyanyi lagu ni,



merepek merabanla, menangisla, then, family jugak yang tolong bring up kita punya mood supaya happy balikkan.? 

Kalau gaduh dengan family kita nak mengadu dengan siapa? kawan? pakwe? dapat pulak pakwe jauh, macamane mau tolong? So, the point of this entry to make semua orang sayang family lebih daripada outsider coz family sentiasa ada di sisi kita walaupun kita ni hodohke, papake, busukke, tak lawake, hitamke, pahitke ,haaa ape lagi?? cakap jer, diorang tetap akan bagi duit dekat kita bulan-bulan kan? Bagi apa kita mintakkan?

Yang kita ini asyik gayut dengan pakwe 24jam boleh, telefon mak? hmm, dua minit pun berkira. Bila gaduh dengan pakwe baru nak terhegeh-hegeh cari makla, abahlah, akaklah, adikla. Pernah tak korang macamtu? 
Kalau rasa diri korang macamtu, Aku pulak rasa korang kena ubah semua tu. Telefon mak or abah tiap-tiap hari walaupun tak ada benda nak cakap. Diorang akan gembira sangat, serius tak tipu. Then bila nak letak, cakap I LOVE YOU MAK, ABAH!

Bukan masa mintak duit jer cakap i love you bagai tu semua. Aku kalau kol abah aku pun cakap I LOVE YOU, MUAH2! sama macam yang aku cakap kat bf aku. hee. kantoi suda! At first segan jugak, p dah lama-lama dah biasa dah. Bila kita telefon parents kita selalu ni tak rugi pun, kredit jalan la bnyak mana pun korang takkan rugi punya.

 Sebab apa? 

Sebab nanti mak or abah kita akan selalu ingat akan kita dan sentiasa mendoakan kesihatan, keselamatan, dan juga kejayaan kita tak kira kat mana kita berada.

Orang lain ada doakan kita macam diorang? tak ada! kalau ada pun, doa ibubapa lagi berkat kan? 

Kita pun jangan lupa doakan ibu bapa kita. Semoga mereka sentiasa dipelihara pleh ALLAH S.W.T sebagaimana mereka memelihara kita sewaktu kecil. Kalau korang sayang parents korang lepas solat, baca doa ini. Innsyaallah, ibubapa kita sentiasa terpelihara. amin.

Ni dia doa serta maksud doa kepada ibu bapa.

So the conclusion is family is always first! and they're always right! Janganlah sesekali kita abaikan family kalau kita nak berjaya di dunia dan akhirat. amin.


Mak,Abah, angah sayang sgt2 kat makabah. muah!
Thanks so much for everything..





Thursday, 10 November 2011

Alhamdulillah..

Asssalamualaikum.





ALHAMDULILLAH.


Satu perkataan yang pendek namun besar nikmatnya. Aku rasa sangat bersyukur dan berterima kasih pada Allah, tuhan yang menjadikan aku di dunia ini. Aku berterima kasih padanya kerana DIA mendengar keluhan ku, resah gelisah ku sewaktu sedih dan gembira walaupun aku hanyalah seorang hamba-Nya yang kerdil.. Begitu kerdil ku rasa diriku ini pada-Nya. Sedangkan DIA telah menolongku, mendengar doaku... TERIMA KASIH YA ALLAH!!!

Aku ingat lagi masa first semester aku fail satu subjek, aku bagitahu both of my parents, air muka diorang terus berubah. Aku tahu diorang sedih,, tapi benda dah jadi kan, Kalaulah aku tahu result aku macamni teruk, takkan aku main-main awal sem dulu. menyesal sangat-sangat,,
Masa semester ke-dua, aku dah tak ada repeat dah, pointer aku pun naik sikit, lega sikit parents aku dengar bile aku cakap macamtu. 

Tapi,, aku nak sangat tunjuk dekat mak abah aku yang aku pun boleh berjaya macam orang lain. Kakak aku pun dulu boleh kata setiap sem DEAN LIST! Aku? Sekali pun tak ada lagi.. Masa semester 3 dekat universiti baru aku dapat sesuaikan diri dengan keadaan, masa lecturer mengaja, aku pay attention betul2, pastu setiap malam aku akan belajar balik ape yang aku dah belajar siang tadi. Aku betul-betul serius nak tunjuk dekat mak abah yang aku pun boleh jadi hebat macam orang lain. Setiap malam aku berdoa
"Ya ALLAH, berjayakanlah aku menggembirakan kedua-dua ibubapaku dengan mendapat keputusan yang cemerlang pada sem ini ya Allah, aku tidak mahu melihat mereka sedih lagi dan berputus harapan padaku ya- Allah". menangis-nangis kadang-kadang aku bila baca doa ini, sebab aku betul-betul mahukan yang terbaik buat diriku dan orang yang aku sayangi.

Betul lah apa yang ustaz-ustaz  dan para ulama cakap selama ini.

DENGAN USAHA DAN DOA, TIADA YANG MUSTAHIL BUAT UMAT-NYA.

Akhirnya, apabila result keluar, aku terkejut amat sangat dan terus bersujud, mengucapkan rasa syukurku pada Ilahi. And haritu aku rasa dekat seratus kali aku cakap alhamdulillah apabila teringatkan keputusan itu. Mak Abah aku pun punya lah gembira, diorang cakap " BAGUS ANGAH! Macam ni lah anak mak abah!".  Hee~ lega hatiku mendengar perkataan itu. Mereka bangga dengan ku. Terima kasih sangat-sangat ya Allah kerana memberiku nikmat dan rahmat-mu.

Aku berjanji pada diriku aku akan sentiasa berusaha untuk berjaya di masa hadapan. Aku akan gembirakan hati mak abah.


SO, Aku harap sangat...

Kepada semua yang membaca, jangan pernah berputus asa dalam mengejar ilmu, seseungguhnya ilmu itulah yang menjadi penentu hidup kita didunia dan di akhirat kelak. Kalaupun korang ada banyak subjek yang GAGAL, tak smestinya korang pun gagal. Kita kena tabah hadapi semua tu demi masa hadapan kita dan keluarga. Jangan sesekali berfikir untuk berhenti belajar. Jangan buat ibubapa kita sedih, berputus asa pada kita. Mereka hantar kita ke universiti untuk mengubah nasib kita, masa depan keluarga. Jangan pernah hancurkan harapan mereka tu. Yang penting sepenting-pentingnya adalah usaha dan doa. Insyaallah, semua subjek yang kita fail ke tak fail ke, semua akan lulus cemerlang.

 amin.


Sunday, 25 September 2011

Otak ohh Otak. -,-

Assalamualaikum..


Ni nak cerita pasal otak kita ni. Apa pendapat korang tentang otak korang. Tahu tak kenapa tiba-tiba aku nak cerita pasal nih? Sebabnya tadi lepas mandi, roomate aku cakap ko nak TRY sesuatu tak? Aku pun layan jelah. Then dia buat tangan aku bentuk 'T' , pastu dia pegang kepala aku belah kiri sambil tolak tangan kanan aku ke bawah. Dia suruh aku tahan and 'up' kan tangan aku walaupun dia tahan. Memang kejap je lah kan aku boleh tahan. Lepas tu, dia pegang kepala aku belah kanan pulak sambil tolak tangan kiri aku ke bawah. Kali ini tahan lama lah sikit dari tadi. So that, roomate aku buat conclusion yang otak kiri aku lagi aktif dari otak kanan.


So make it short, aku pun buat research sikit pasal otak manusia ini.


Otak kanan merupakan tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama music, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan orang lain, hubungan sosial dan pengembangan keperibadian. Daya ingatan otak kanan adalah bersifat jangka panjang (long term memory).
Otak kiri pula berfungsi dalam hal mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat perbezaan, menyimpan data dan fakta, analisis, angka, urutan, tulisan, bahasa, kiraan dan memahami logik. Daya ingatan otak kiri adalah bersifat jangka pendek (short term memory).



Kalau korang nak tau, otak kanan adalah lebih efektif berbanding otak kiri, tetapi ia perlu dilatih dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Lagi satu, proses pengajaran dan pembelajaran tu seelok-eloknya dimulakan ketika budak atau anak berusia 6 bulan. Kalau budak dah besar panjang, jadi susah sikit nak latih diorang guna otak kanan. Orang dewasa biasanya lebih banyak menggunakan otak kiri.

So, nampak sangat lah kan aku punya otak kiri ni tak seimbang dengan otak kanan. So, dalam research yang aku buat tuh, ada langkah-langkah untuk merangsang penggunaan otak kanan.


Latihan Merangsang Otak Kanan

Ada banyak kaedah yang boleh kita guna untuk latih budak-budak guna otak kanan. Tak semestinya kena hantar ke sekolah khas. Kat rumah pon boleh buat. Antara kaedah yang boleh kita guna untuk merangsang otak kanan adalah seperti berikut:
  • Ketika anak hendak tidur, bisikkan ke telinganya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayangkan mereka. Ketika hendak tidur atau dalam keadaan tidur ayam, otak kanan sedang bekerja manakala otak kiri tidur.
     
  • Gerak kerja tangan adalah hasil daripada otak kanan. So, cuba ajar anak main tanah liat, cat air, melukis, gunting kertas dan seumpamanya. Kemudian, kemas balik barang-barang tu bersama mereka. Selain itu, boleh juga cuba lukis gambar, contohnya gambar rama-rama dengan hanya sebelah badan, kemudian minta anak sambung lukis mengikut apa yang dilukis di bahagian satu lagi.
     
  • Jangan marah atau tengking anak sebab mereka boleh menyimpan semuanya dalam otak kiri. Jika ia dilakukan secara tidak sengaja, balik semula pada cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.
     
  • Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita. Kemudian suruh mereka sambung cerita tu.
     
  • Main teka-teki dengan anak. Letak satu barang dalam kotak, kemudian suruh anak teka barangan tersebut. Untuk permulaan, berikan mereka clue dengan menggambarkan jenis barang dalam kotak itu seperti memberitahu warna atau bunyi.


Tapi yang aku dapt ini, untuk budak-budak @ anak-anak je. Lantaklah,, malas aku nak buat research lagi memandang kan paper statistic aku (QMT181) dah nak dekat weyh!! TOLONG AKU KENGKAWAN!! takowt~~ -___-"






DOAKAN AKU BERJAYA DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG SEMESTER INI! AMIN.


Thank You For Reading you'olls!! 




P/s: study biar relaks, result biar gempak.

Saturday, 24 September 2011

CINTA ANA~♥


Tadi rest study ber blogwalking jap. tbe-tbe tertarik dekat satu entry ni. Bacalah kat blog SI DIA ni. Aku copy je. :)

Bismillahirrahmannirrahmin..Assalammualaikum w.b.t..

erm..mcm dh lewat kn ana taip entry baru..Alhamdulillah...kelapangan yg sgt2 utk ari ini..jadi,bila ada ilham yg Allah anugerahkan utk mencoret bait2 dakwah, Insya'Allah ana curahkan..semuaNya kerana Allah...



Baiklah..tahu x apa itu cinta??

pada ana,cinta itu adalah suatu rasa yang tidak kelihatan..ianya tersimpan elok di suatu sudut di dalam hati setiap insan..semua orang inginkn cinta termasuklah kanak2 yg hanya sekecil tapak tangan ketika dilahirkan..pengertian cinta itu tertakhluk kepada hati yang merasai cinta..jika ianya diletakkan benar2 kepada yang "benar", maka benarlah cinta itu...tetapi..jangan disangka cinta yang menyeronokkan yang membuatkan hati melayang, wajahnya terbayang2 itu adalah cinta yang benar..kerana cinta yang SEBENAR2NYA adalah LAYAK hanya utk PENCIPTA CINTA...kerana itu DIA menjadikan CINTA itu sebagai FITRAH manusia...SUBHANALLAH...




tersenyum ana menaip erti cinta..kenapa?? kerana hati ini sememangnya sedang merasai cinta..cinta kepada Allah,Rasulullah,Ibu Bapa,keluarga,guru2,Sahabat2,pelajar2 ana yang juga tulus mencintai ana...dan setulusnya diri ini sedang bersiap utk menanti cinta kepada PENCINTA PENCIPTA yang KHAS tercipta indah buat ana..

tetapi..kenapa kadang kala ada yang berduka kerana cinta??

erm..bagi ana, seandainya seseorang meletakkan cinta bukan pd tempatnya, maka ianya memang salah..contohnya, kita merasakan dia adalah tercipta buat kita, walhal tiada lagi ikatan..kalau ade ikatan pun, mungkin sekadar "Admire","BF/GF"..erm..mcm2 la.. itu boleh dikira sebagai "zALIM" kepada diri sendiri kerana perkataan zalim itu sendiri membawa maksud "sesuatu yang diletakkan bukan pada tempatnya.." lalu, hati kamu terluka..dan kamu menyalahkan takdir yang telah ditetapkan buat kamu...benar bukan??

Di dalam sebuah perkahwinan,ada laluan dan cabaran yg telah Allah tetapkan..jadi..apa bezanya dgn yg belum berkhwin, tp dh pndai nk bercinta?? so..salah siapa?? bila hati terasa sakit disebabkan cinta kpd makhluk, jiwa menjadi sangat kecewa..airmata xberhenti mengalir hanya semata2 cinta..jiwa, fikiran bercelaru memikirkan dia..dia dan dia..erm...

sakit kn??

tetapi..indahnya jika kita, meletakkan cinta kpd yg HAK iaitu ALLAH..kerana...hanya kerana DIA jua kita akan memperolehi CINTA..Bila cinta itu tersimpan rapi, rindu itu dibalut indah buat "si dia", pasti Allah akan memberikan ganjaran dan kemanisan yg lebih indah buat kita..sebagaimana seorang wanita itu menjaga dirinya sebelum berkahwin, membuat persiapan yg sebenar2nya buat pasangannya..pasti...suatu hari..bila takdir itu terjadi...si suami tentu tersenyum melihat si isteri yg cukup2 bermakna diciptakan buatnya...indah kn? SUBHANALLAH..



bagi yg menyukai atau meminati seseorang di dalam diam..teruskanlah berdiam.. ada hikmah disebalik diam itu..dan ada kemanisan di setiap rindu itu...dan ana...bila ana merindui seseorang..ana akan mencuba sehabis mungkin berjuang utk tidak meluah.. dan ana akan sedekahkan al-Fatihah buat dia..agar dia sentiasa di bawah rahmat dan keredhaan ILLAHI..ana xmampu menjadi pendampingnya yg membalut lukanya kini,yang sentiasa membuatnya tertawa...berkongsi rasa...dan utk sama2 melakar doa di setiap sajadah cinta demi rahmat dan redha Tuhan Yang Maha Kuasa...dan seandainya bukan dia yg diciptakan buat ana..ana mohon dgn sgt agar Allah meletakkan kami dalam kalangan orang2 yang sentiasa sabar dan redha di atas setiap ketentuannya...wallahua'lam bissawab...as salam..

khas buat student ana : bermohonlah kepada Allah...Allah pasti ada jawapan di setiap sesuatu yang diberikan kepada hambaNya...wallahua'lam bissawab...