Sunday 25 September 2011

Otak ohh Otak. -,-

Assalamualaikum..


Ni nak cerita pasal otak kita ni. Apa pendapat korang tentang otak korang. Tahu tak kenapa tiba-tiba aku nak cerita pasal nih? Sebabnya tadi lepas mandi, roomate aku cakap ko nak TRY sesuatu tak? Aku pun layan jelah. Then dia buat tangan aku bentuk 'T' , pastu dia pegang kepala aku belah kiri sambil tolak tangan kanan aku ke bawah. Dia suruh aku tahan and 'up' kan tangan aku walaupun dia tahan. Memang kejap je lah kan aku boleh tahan. Lepas tu, dia pegang kepala aku belah kanan pulak sambil tolak tangan kiri aku ke bawah. Kali ini tahan lama lah sikit dari tadi. So that, roomate aku buat conclusion yang otak kiri aku lagi aktif dari otak kanan.


So make it short, aku pun buat research sikit pasal otak manusia ini.


Otak kanan merupakan tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama music, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan orang lain, hubungan sosial dan pengembangan keperibadian. Daya ingatan otak kanan adalah bersifat jangka panjang (long term memory).
Otak kiri pula berfungsi dalam hal mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat perbezaan, menyimpan data dan fakta, analisis, angka, urutan, tulisan, bahasa, kiraan dan memahami logik. Daya ingatan otak kiri adalah bersifat jangka pendek (short term memory).



Kalau korang nak tau, otak kanan adalah lebih efektif berbanding otak kiri, tetapi ia perlu dilatih dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Lagi satu, proses pengajaran dan pembelajaran tu seelok-eloknya dimulakan ketika budak atau anak berusia 6 bulan. Kalau budak dah besar panjang, jadi susah sikit nak latih diorang guna otak kanan. Orang dewasa biasanya lebih banyak menggunakan otak kiri.

So, nampak sangat lah kan aku punya otak kiri ni tak seimbang dengan otak kanan. So, dalam research yang aku buat tuh, ada langkah-langkah untuk merangsang penggunaan otak kanan.


Latihan Merangsang Otak Kanan

Ada banyak kaedah yang boleh kita guna untuk latih budak-budak guna otak kanan. Tak semestinya kena hantar ke sekolah khas. Kat rumah pon boleh buat. Antara kaedah yang boleh kita guna untuk merangsang otak kanan adalah seperti berikut:
  • Ketika anak hendak tidur, bisikkan ke telinganya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayangkan mereka. Ketika hendak tidur atau dalam keadaan tidur ayam, otak kanan sedang bekerja manakala otak kiri tidur.
     
  • Gerak kerja tangan adalah hasil daripada otak kanan. So, cuba ajar anak main tanah liat, cat air, melukis, gunting kertas dan seumpamanya. Kemudian, kemas balik barang-barang tu bersama mereka. Selain itu, boleh juga cuba lukis gambar, contohnya gambar rama-rama dengan hanya sebelah badan, kemudian minta anak sambung lukis mengikut apa yang dilukis di bahagian satu lagi.
     
  • Jangan marah atau tengking anak sebab mereka boleh menyimpan semuanya dalam otak kiri. Jika ia dilakukan secara tidak sengaja, balik semula pada cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.
     
  • Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita. Kemudian suruh mereka sambung cerita tu.
     
  • Main teka-teki dengan anak. Letak satu barang dalam kotak, kemudian suruh anak teka barangan tersebut. Untuk permulaan, berikan mereka clue dengan menggambarkan jenis barang dalam kotak itu seperti memberitahu warna atau bunyi.


Tapi yang aku dapt ini, untuk budak-budak @ anak-anak je. Lantaklah,, malas aku nak buat research lagi memandang kan paper statistic aku (QMT181) dah nak dekat weyh!! TOLONG AKU KENGKAWAN!! takowt~~ -___-"






DOAKAN AKU BERJAYA DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG SEMESTER INI! AMIN.


Thank You For Reading you'olls!! 




P/s: study biar relaks, result biar gempak.

Saturday 24 September 2011

CINTA ANA~♥


Tadi rest study ber blogwalking jap. tbe-tbe tertarik dekat satu entry ni. Bacalah kat blog SI DIA ni. Aku copy je. :)

Bismillahirrahmannirrahmin..Assalammualaikum w.b.t..

erm..mcm dh lewat kn ana taip entry baru..Alhamdulillah...kelapangan yg sgt2 utk ari ini..jadi,bila ada ilham yg Allah anugerahkan utk mencoret bait2 dakwah, Insya'Allah ana curahkan..semuaNya kerana Allah...



Baiklah..tahu x apa itu cinta??

pada ana,cinta itu adalah suatu rasa yang tidak kelihatan..ianya tersimpan elok di suatu sudut di dalam hati setiap insan..semua orang inginkn cinta termasuklah kanak2 yg hanya sekecil tapak tangan ketika dilahirkan..pengertian cinta itu tertakhluk kepada hati yang merasai cinta..jika ianya diletakkan benar2 kepada yang "benar", maka benarlah cinta itu...tetapi..jangan disangka cinta yang menyeronokkan yang membuatkan hati melayang, wajahnya terbayang2 itu adalah cinta yang benar..kerana cinta yang SEBENAR2NYA adalah LAYAK hanya utk PENCIPTA CINTA...kerana itu DIA menjadikan CINTA itu sebagai FITRAH manusia...SUBHANALLAH...




tersenyum ana menaip erti cinta..kenapa?? kerana hati ini sememangnya sedang merasai cinta..cinta kepada Allah,Rasulullah,Ibu Bapa,keluarga,guru2,Sahabat2,pelajar2 ana yang juga tulus mencintai ana...dan setulusnya diri ini sedang bersiap utk menanti cinta kepada PENCINTA PENCIPTA yang KHAS tercipta indah buat ana..

tetapi..kenapa kadang kala ada yang berduka kerana cinta??

erm..bagi ana, seandainya seseorang meletakkan cinta bukan pd tempatnya, maka ianya memang salah..contohnya, kita merasakan dia adalah tercipta buat kita, walhal tiada lagi ikatan..kalau ade ikatan pun, mungkin sekadar "Admire","BF/GF"..erm..mcm2 la.. itu boleh dikira sebagai "zALIM" kepada diri sendiri kerana perkataan zalim itu sendiri membawa maksud "sesuatu yang diletakkan bukan pada tempatnya.." lalu, hati kamu terluka..dan kamu menyalahkan takdir yang telah ditetapkan buat kamu...benar bukan??

Di dalam sebuah perkahwinan,ada laluan dan cabaran yg telah Allah tetapkan..jadi..apa bezanya dgn yg belum berkhwin, tp dh pndai nk bercinta?? so..salah siapa?? bila hati terasa sakit disebabkan cinta kpd makhluk, jiwa menjadi sangat kecewa..airmata xberhenti mengalir hanya semata2 cinta..jiwa, fikiran bercelaru memikirkan dia..dia dan dia..erm...

sakit kn??

tetapi..indahnya jika kita, meletakkan cinta kpd yg HAK iaitu ALLAH..kerana...hanya kerana DIA jua kita akan memperolehi CINTA..Bila cinta itu tersimpan rapi, rindu itu dibalut indah buat "si dia", pasti Allah akan memberikan ganjaran dan kemanisan yg lebih indah buat kita..sebagaimana seorang wanita itu menjaga dirinya sebelum berkahwin, membuat persiapan yg sebenar2nya buat pasangannya..pasti...suatu hari..bila takdir itu terjadi...si suami tentu tersenyum melihat si isteri yg cukup2 bermakna diciptakan buatnya...indah kn? SUBHANALLAH..



bagi yg menyukai atau meminati seseorang di dalam diam..teruskanlah berdiam.. ada hikmah disebalik diam itu..dan ada kemanisan di setiap rindu itu...dan ana...bila ana merindui seseorang..ana akan mencuba sehabis mungkin berjuang utk tidak meluah.. dan ana akan sedekahkan al-Fatihah buat dia..agar dia sentiasa di bawah rahmat dan keredhaan ILLAHI..ana xmampu menjadi pendampingnya yg membalut lukanya kini,yang sentiasa membuatnya tertawa...berkongsi rasa...dan utk sama2 melakar doa di setiap sajadah cinta demi rahmat dan redha Tuhan Yang Maha Kuasa...dan seandainya bukan dia yg diciptakan buat ana..ana mohon dgn sgt agar Allah meletakkan kami dalam kalangan orang2 yang sentiasa sabar dan redha di atas setiap ketentuannya...wallahua'lam bissawab...as salam..

khas buat student ana : bermohonlah kepada Allah...Allah pasti ada jawapan di setiap sesuatu yang diberikan kepada hambaNya...wallahua'lam bissawab...