Saturday, 24 September 2011

CINTA ANA~♥


Tadi rest study ber blogwalking jap. tbe-tbe tertarik dekat satu entry ni. Bacalah kat blog SI DIA ni. Aku copy je. :)

Bismillahirrahmannirrahmin..Assalammualaikum w.b.t..

erm..mcm dh lewat kn ana taip entry baru..Alhamdulillah...kelapangan yg sgt2 utk ari ini..jadi,bila ada ilham yg Allah anugerahkan utk mencoret bait2 dakwah, Insya'Allah ana curahkan..semuaNya kerana Allah...



Baiklah..tahu x apa itu cinta??

pada ana,cinta itu adalah suatu rasa yang tidak kelihatan..ianya tersimpan elok di suatu sudut di dalam hati setiap insan..semua orang inginkn cinta termasuklah kanak2 yg hanya sekecil tapak tangan ketika dilahirkan..pengertian cinta itu tertakhluk kepada hati yang merasai cinta..jika ianya diletakkan benar2 kepada yang "benar", maka benarlah cinta itu...tetapi..jangan disangka cinta yang menyeronokkan yang membuatkan hati melayang, wajahnya terbayang2 itu adalah cinta yang benar..kerana cinta yang SEBENAR2NYA adalah LAYAK hanya utk PENCIPTA CINTA...kerana itu DIA menjadikan CINTA itu sebagai FITRAH manusia...SUBHANALLAH...




tersenyum ana menaip erti cinta..kenapa?? kerana hati ini sememangnya sedang merasai cinta..cinta kepada Allah,Rasulullah,Ibu Bapa,keluarga,guru2,Sahabat2,pelajar2 ana yang juga tulus mencintai ana...dan setulusnya diri ini sedang bersiap utk menanti cinta kepada PENCINTA PENCIPTA yang KHAS tercipta indah buat ana..

tetapi..kenapa kadang kala ada yang berduka kerana cinta??

erm..bagi ana, seandainya seseorang meletakkan cinta bukan pd tempatnya, maka ianya memang salah..contohnya, kita merasakan dia adalah tercipta buat kita, walhal tiada lagi ikatan..kalau ade ikatan pun, mungkin sekadar "Admire","BF/GF"..erm..mcm2 la.. itu boleh dikira sebagai "zALIM" kepada diri sendiri kerana perkataan zalim itu sendiri membawa maksud "sesuatu yang diletakkan bukan pada tempatnya.." lalu, hati kamu terluka..dan kamu menyalahkan takdir yang telah ditetapkan buat kamu...benar bukan??

Di dalam sebuah perkahwinan,ada laluan dan cabaran yg telah Allah tetapkan..jadi..apa bezanya dgn yg belum berkhwin, tp dh pndai nk bercinta?? so..salah siapa?? bila hati terasa sakit disebabkan cinta kpd makhluk, jiwa menjadi sangat kecewa..airmata xberhenti mengalir hanya semata2 cinta..jiwa, fikiran bercelaru memikirkan dia..dia dan dia..erm...

sakit kn??

tetapi..indahnya jika kita, meletakkan cinta kpd yg HAK iaitu ALLAH..kerana...hanya kerana DIA jua kita akan memperolehi CINTA..Bila cinta itu tersimpan rapi, rindu itu dibalut indah buat "si dia", pasti Allah akan memberikan ganjaran dan kemanisan yg lebih indah buat kita..sebagaimana seorang wanita itu menjaga dirinya sebelum berkahwin, membuat persiapan yg sebenar2nya buat pasangannya..pasti...suatu hari..bila takdir itu terjadi...si suami tentu tersenyum melihat si isteri yg cukup2 bermakna diciptakan buatnya...indah kn? SUBHANALLAH..



bagi yg menyukai atau meminati seseorang di dalam diam..teruskanlah berdiam.. ada hikmah disebalik diam itu..dan ada kemanisan di setiap rindu itu...dan ana...bila ana merindui seseorang..ana akan mencuba sehabis mungkin berjuang utk tidak meluah.. dan ana akan sedekahkan al-Fatihah buat dia..agar dia sentiasa di bawah rahmat dan keredhaan ILLAHI..ana xmampu menjadi pendampingnya yg membalut lukanya kini,yang sentiasa membuatnya tertawa...berkongsi rasa...dan utk sama2 melakar doa di setiap sajadah cinta demi rahmat dan redha Tuhan Yang Maha Kuasa...dan seandainya bukan dia yg diciptakan buat ana..ana mohon dgn sgt agar Allah meletakkan kami dalam kalangan orang2 yang sentiasa sabar dan redha di atas setiap ketentuannya...wallahua'lam bissawab...as salam..

khas buat student ana : bermohonlah kepada Allah...Allah pasti ada jawapan di setiap sesuatu yang diberikan kepada hambaNya...wallahua'lam bissawab...

No comments:

Post a Comment

GOOGLING ~