Saturday 10 December 2011

SAYANG PAKWE BERPADA-PADA, SAYANG FAMILY BUAT SELAMANYA. :)

Assalamualaikum.

Tajuk entry yang aku sendiri tak percaya aku tulis.

SAYANG PAKWE BERPADA-PADA, SAYANG FAMILY BUAT SELAMANYA..

Encik pakwe, entry ni bukan nak cakap yang I tak sayang you taw. Sayang sangat taw. hehe. :)

Just nak share dekat kawan-kawan yang tak kira kita dimana, susah dan senang, suka dan duka kita, tempat kita mengadu,, tanya pendapat dekat siapa? FAMILY. kann.. Kalau kita bergaduh dengan pakwe ke mula la nak nyanyi lagu ni,



merepek merabanla, menangisla, then, family jugak yang tolong bring up kita punya mood supaya happy balikkan.? 

Kalau gaduh dengan family kita nak mengadu dengan siapa? kawan? pakwe? dapat pulak pakwe jauh, macamane mau tolong? So, the point of this entry to make semua orang sayang family lebih daripada outsider coz family sentiasa ada di sisi kita walaupun kita ni hodohke, papake, busukke, tak lawake, hitamke, pahitke ,haaa ape lagi?? cakap jer, diorang tetap akan bagi duit dekat kita bulan-bulan kan? Bagi apa kita mintakkan?

Yang kita ini asyik gayut dengan pakwe 24jam boleh, telefon mak? hmm, dua minit pun berkira. Bila gaduh dengan pakwe baru nak terhegeh-hegeh cari makla, abahlah, akaklah, adikla. Pernah tak korang macamtu? 
Kalau rasa diri korang macamtu, Aku pulak rasa korang kena ubah semua tu. Telefon mak or abah tiap-tiap hari walaupun tak ada benda nak cakap. Diorang akan gembira sangat, serius tak tipu. Then bila nak letak, cakap I LOVE YOU MAK, ABAH!

Bukan masa mintak duit jer cakap i love you bagai tu semua. Aku kalau kol abah aku pun cakap I LOVE YOU, MUAH2! sama macam yang aku cakap kat bf aku. hee. kantoi suda! At first segan jugak, p dah lama-lama dah biasa dah. Bila kita telefon parents kita selalu ni tak rugi pun, kredit jalan la bnyak mana pun korang takkan rugi punya.

 Sebab apa? 

Sebab nanti mak or abah kita akan selalu ingat akan kita dan sentiasa mendoakan kesihatan, keselamatan, dan juga kejayaan kita tak kira kat mana kita berada.

Orang lain ada doakan kita macam diorang? tak ada! kalau ada pun, doa ibubapa lagi berkat kan? 

Kita pun jangan lupa doakan ibu bapa kita. Semoga mereka sentiasa dipelihara pleh ALLAH S.W.T sebagaimana mereka memelihara kita sewaktu kecil. Kalau korang sayang parents korang lepas solat, baca doa ini. Innsyaallah, ibubapa kita sentiasa terpelihara. amin.

Ni dia doa serta maksud doa kepada ibu bapa.

So the conclusion is family is always first! and they're always right! Janganlah sesekali kita abaikan family kalau kita nak berjaya di dunia dan akhirat. amin.


Mak,Abah, angah sayang sgt2 kat makabah. muah!
Thanks so much for everything..





Thursday 10 November 2011

Alhamdulillah..

Asssalamualaikum.





ALHAMDULILLAH.


Satu perkataan yang pendek namun besar nikmatnya. Aku rasa sangat bersyukur dan berterima kasih pada Allah, tuhan yang menjadikan aku di dunia ini. Aku berterima kasih padanya kerana DIA mendengar keluhan ku, resah gelisah ku sewaktu sedih dan gembira walaupun aku hanyalah seorang hamba-Nya yang kerdil.. Begitu kerdil ku rasa diriku ini pada-Nya. Sedangkan DIA telah menolongku, mendengar doaku... TERIMA KASIH YA ALLAH!!!

Aku ingat lagi masa first semester aku fail satu subjek, aku bagitahu both of my parents, air muka diorang terus berubah. Aku tahu diorang sedih,, tapi benda dah jadi kan, Kalaulah aku tahu result aku macamni teruk, takkan aku main-main awal sem dulu. menyesal sangat-sangat,,
Masa semester ke-dua, aku dah tak ada repeat dah, pointer aku pun naik sikit, lega sikit parents aku dengar bile aku cakap macamtu. 

Tapi,, aku nak sangat tunjuk dekat mak abah aku yang aku pun boleh berjaya macam orang lain. Kakak aku pun dulu boleh kata setiap sem DEAN LIST! Aku? Sekali pun tak ada lagi.. Masa semester 3 dekat universiti baru aku dapat sesuaikan diri dengan keadaan, masa lecturer mengaja, aku pay attention betul2, pastu setiap malam aku akan belajar balik ape yang aku dah belajar siang tadi. Aku betul-betul serius nak tunjuk dekat mak abah yang aku pun boleh jadi hebat macam orang lain. Setiap malam aku berdoa
"Ya ALLAH, berjayakanlah aku menggembirakan kedua-dua ibubapaku dengan mendapat keputusan yang cemerlang pada sem ini ya Allah, aku tidak mahu melihat mereka sedih lagi dan berputus harapan padaku ya- Allah". menangis-nangis kadang-kadang aku bila baca doa ini, sebab aku betul-betul mahukan yang terbaik buat diriku dan orang yang aku sayangi.

Betul lah apa yang ustaz-ustaz  dan para ulama cakap selama ini.

DENGAN USAHA DAN DOA, TIADA YANG MUSTAHIL BUAT UMAT-NYA.

Akhirnya, apabila result keluar, aku terkejut amat sangat dan terus bersujud, mengucapkan rasa syukurku pada Ilahi. And haritu aku rasa dekat seratus kali aku cakap alhamdulillah apabila teringatkan keputusan itu. Mak Abah aku pun punya lah gembira, diorang cakap " BAGUS ANGAH! Macam ni lah anak mak abah!".  Hee~ lega hatiku mendengar perkataan itu. Mereka bangga dengan ku. Terima kasih sangat-sangat ya Allah kerana memberiku nikmat dan rahmat-mu.

Aku berjanji pada diriku aku akan sentiasa berusaha untuk berjaya di masa hadapan. Aku akan gembirakan hati mak abah.


SO, Aku harap sangat...

Kepada semua yang membaca, jangan pernah berputus asa dalam mengejar ilmu, seseungguhnya ilmu itulah yang menjadi penentu hidup kita didunia dan di akhirat kelak. Kalaupun korang ada banyak subjek yang GAGAL, tak smestinya korang pun gagal. Kita kena tabah hadapi semua tu demi masa hadapan kita dan keluarga. Jangan sesekali berfikir untuk berhenti belajar. Jangan buat ibubapa kita sedih, berputus asa pada kita. Mereka hantar kita ke universiti untuk mengubah nasib kita, masa depan keluarga. Jangan pernah hancurkan harapan mereka tu. Yang penting sepenting-pentingnya adalah usaha dan doa. Insyaallah, semua subjek yang kita fail ke tak fail ke, semua akan lulus cemerlang.

 amin.


Sunday 25 September 2011

Otak ohh Otak. -,-

Assalamualaikum..


Ni nak cerita pasal otak kita ni. Apa pendapat korang tentang otak korang. Tahu tak kenapa tiba-tiba aku nak cerita pasal nih? Sebabnya tadi lepas mandi, roomate aku cakap ko nak TRY sesuatu tak? Aku pun layan jelah. Then dia buat tangan aku bentuk 'T' , pastu dia pegang kepala aku belah kiri sambil tolak tangan kanan aku ke bawah. Dia suruh aku tahan and 'up' kan tangan aku walaupun dia tahan. Memang kejap je lah kan aku boleh tahan. Lepas tu, dia pegang kepala aku belah kanan pulak sambil tolak tangan kiri aku ke bawah. Kali ini tahan lama lah sikit dari tadi. So that, roomate aku buat conclusion yang otak kiri aku lagi aktif dari otak kanan.


So make it short, aku pun buat research sikit pasal otak manusia ini.


Otak kanan merupakan tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama music, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan orang lain, hubungan sosial dan pengembangan keperibadian. Daya ingatan otak kanan adalah bersifat jangka panjang (long term memory).
Otak kiri pula berfungsi dalam hal mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat perbezaan, menyimpan data dan fakta, analisis, angka, urutan, tulisan, bahasa, kiraan dan memahami logik. Daya ingatan otak kiri adalah bersifat jangka pendek (short term memory).



Kalau korang nak tau, otak kanan adalah lebih efektif berbanding otak kiri, tetapi ia perlu dilatih dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Lagi satu, proses pengajaran dan pembelajaran tu seelok-eloknya dimulakan ketika budak atau anak berusia 6 bulan. Kalau budak dah besar panjang, jadi susah sikit nak latih diorang guna otak kanan. Orang dewasa biasanya lebih banyak menggunakan otak kiri.

So, nampak sangat lah kan aku punya otak kiri ni tak seimbang dengan otak kanan. So, dalam research yang aku buat tuh, ada langkah-langkah untuk merangsang penggunaan otak kanan.


Latihan Merangsang Otak Kanan

Ada banyak kaedah yang boleh kita guna untuk latih budak-budak guna otak kanan. Tak semestinya kena hantar ke sekolah khas. Kat rumah pon boleh buat. Antara kaedah yang boleh kita guna untuk merangsang otak kanan adalah seperti berikut:
  • Ketika anak hendak tidur, bisikkan ke telinganya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayangkan mereka. Ketika hendak tidur atau dalam keadaan tidur ayam, otak kanan sedang bekerja manakala otak kiri tidur.
     
  • Gerak kerja tangan adalah hasil daripada otak kanan. So, cuba ajar anak main tanah liat, cat air, melukis, gunting kertas dan seumpamanya. Kemudian, kemas balik barang-barang tu bersama mereka. Selain itu, boleh juga cuba lukis gambar, contohnya gambar rama-rama dengan hanya sebelah badan, kemudian minta anak sambung lukis mengikut apa yang dilukis di bahagian satu lagi.
     
  • Jangan marah atau tengking anak sebab mereka boleh menyimpan semuanya dalam otak kiri. Jika ia dilakukan secara tidak sengaja, balik semula pada cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.
     
  • Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita. Kemudian suruh mereka sambung cerita tu.
     
  • Main teka-teki dengan anak. Letak satu barang dalam kotak, kemudian suruh anak teka barangan tersebut. Untuk permulaan, berikan mereka clue dengan menggambarkan jenis barang dalam kotak itu seperti memberitahu warna atau bunyi.


Tapi yang aku dapt ini, untuk budak-budak @ anak-anak je. Lantaklah,, malas aku nak buat research lagi memandang kan paper statistic aku (QMT181) dah nak dekat weyh!! TOLONG AKU KENGKAWAN!! takowt~~ -___-"






DOAKAN AKU BERJAYA DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG SEMESTER INI! AMIN.


Thank You For Reading you'olls!! 




P/s: study biar relaks, result biar gempak.

Saturday 24 September 2011

CINTA ANA~♥


Tadi rest study ber blogwalking jap. tbe-tbe tertarik dekat satu entry ni. Bacalah kat blog SI DIA ni. Aku copy je. :)

Bismillahirrahmannirrahmin..Assalammualaikum w.b.t..

erm..mcm dh lewat kn ana taip entry baru..Alhamdulillah...kelapangan yg sgt2 utk ari ini..jadi,bila ada ilham yg Allah anugerahkan utk mencoret bait2 dakwah, Insya'Allah ana curahkan..semuaNya kerana Allah...



Baiklah..tahu x apa itu cinta??

pada ana,cinta itu adalah suatu rasa yang tidak kelihatan..ianya tersimpan elok di suatu sudut di dalam hati setiap insan..semua orang inginkn cinta termasuklah kanak2 yg hanya sekecil tapak tangan ketika dilahirkan..pengertian cinta itu tertakhluk kepada hati yang merasai cinta..jika ianya diletakkan benar2 kepada yang "benar", maka benarlah cinta itu...tetapi..jangan disangka cinta yang menyeronokkan yang membuatkan hati melayang, wajahnya terbayang2 itu adalah cinta yang benar..kerana cinta yang SEBENAR2NYA adalah LAYAK hanya utk PENCIPTA CINTA...kerana itu DIA menjadikan CINTA itu sebagai FITRAH manusia...SUBHANALLAH...




tersenyum ana menaip erti cinta..kenapa?? kerana hati ini sememangnya sedang merasai cinta..cinta kepada Allah,Rasulullah,Ibu Bapa,keluarga,guru2,Sahabat2,pelajar2 ana yang juga tulus mencintai ana...dan setulusnya diri ini sedang bersiap utk menanti cinta kepada PENCINTA PENCIPTA yang KHAS tercipta indah buat ana..

tetapi..kenapa kadang kala ada yang berduka kerana cinta??

erm..bagi ana, seandainya seseorang meletakkan cinta bukan pd tempatnya, maka ianya memang salah..contohnya, kita merasakan dia adalah tercipta buat kita, walhal tiada lagi ikatan..kalau ade ikatan pun, mungkin sekadar "Admire","BF/GF"..erm..mcm2 la.. itu boleh dikira sebagai "zALIM" kepada diri sendiri kerana perkataan zalim itu sendiri membawa maksud "sesuatu yang diletakkan bukan pada tempatnya.." lalu, hati kamu terluka..dan kamu menyalahkan takdir yang telah ditetapkan buat kamu...benar bukan??

Di dalam sebuah perkahwinan,ada laluan dan cabaran yg telah Allah tetapkan..jadi..apa bezanya dgn yg belum berkhwin, tp dh pndai nk bercinta?? so..salah siapa?? bila hati terasa sakit disebabkan cinta kpd makhluk, jiwa menjadi sangat kecewa..airmata xberhenti mengalir hanya semata2 cinta..jiwa, fikiran bercelaru memikirkan dia..dia dan dia..erm...

sakit kn??

tetapi..indahnya jika kita, meletakkan cinta kpd yg HAK iaitu ALLAH..kerana...hanya kerana DIA jua kita akan memperolehi CINTA..Bila cinta itu tersimpan rapi, rindu itu dibalut indah buat "si dia", pasti Allah akan memberikan ganjaran dan kemanisan yg lebih indah buat kita..sebagaimana seorang wanita itu menjaga dirinya sebelum berkahwin, membuat persiapan yg sebenar2nya buat pasangannya..pasti...suatu hari..bila takdir itu terjadi...si suami tentu tersenyum melihat si isteri yg cukup2 bermakna diciptakan buatnya...indah kn? SUBHANALLAH..



bagi yg menyukai atau meminati seseorang di dalam diam..teruskanlah berdiam.. ada hikmah disebalik diam itu..dan ada kemanisan di setiap rindu itu...dan ana...bila ana merindui seseorang..ana akan mencuba sehabis mungkin berjuang utk tidak meluah.. dan ana akan sedekahkan al-Fatihah buat dia..agar dia sentiasa di bawah rahmat dan keredhaan ILLAHI..ana xmampu menjadi pendampingnya yg membalut lukanya kini,yang sentiasa membuatnya tertawa...berkongsi rasa...dan utk sama2 melakar doa di setiap sajadah cinta demi rahmat dan redha Tuhan Yang Maha Kuasa...dan seandainya bukan dia yg diciptakan buat ana..ana mohon dgn sgt agar Allah meletakkan kami dalam kalangan orang2 yang sentiasa sabar dan redha di atas setiap ketentuannya...wallahua'lam bissawab...as salam..

khas buat student ana : bermohonlah kepada Allah...Allah pasti ada jawapan di setiap sesuatu yang diberikan kepada hambaNya...wallahua'lam bissawab...

Thursday 18 August 2011

Wednesday 17 August 2011

Contest : Saya Gadis Bertudung


Assalamualaikum..

Harini saya, Nurfarhanah binti Mazlan, nak join contest yang di anjurkan oleh Cik Ika. haha. 
Poyola makcik oi. Ok stop mumbling! Contest ini senang ya amat. Hopefully kita dapat tudung baru nanti. hehe..

Sila tengok procedure-procedure yang diberikan oleh pihak Cik Ika :

1. Buat 1 entry bertajuk Saya Gadis Bertudung.
DAH!
2. Letak gambar anda bertudung, xkisah tudung jenis apa asalkan menutup aurat & gaya yang baik.
( tak semestinya nampak muka.. )
      p/s : gmbr edit2 pon bole =)
DAH BAWAH NI!





3. Lengkapkan ayat ni : Saya bangga menjadi gadis bertudung kerana ... ( xkisah pnjg mne pon )

"Saya bangga menjadi gadis bertudung demi menutup aurat. Allah S.W.T mewajibkan seorang wanita muslim untk menutupi auratnya. Seperti yang dinyatakan di dalam ayat di bawah.
"Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah
menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu
dan pakaian indah untuk perhiasan.
Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.

Yang demikian itu adalah sebahagian dari
tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan
mereka selalu ingat".

Surah Al.A'araaf (26)

Dewasa ini, tudung mempunyai berbagai-bagai jenis dan berbagai-bagai gaya yang boleh di aplikasikan dalam hidup seorang muslimah sejati. Salendang ada, tudung ekin pun ada, tudung bawal lagi, pashmina lah. Macam-macam kan. Jadi tak ada masalah kalau kita nak mangikuti fesyen terkini walaupun bertudungkan? asalkan masih berlandaskan kehendak syaraklah. Ada lagi satu yang saya nak share kat sini,
ustazah kita selalu kata biar pun kita memilih sangat pilih tudung, nak yang paling chantek kat dunia ni ke, yang paling mahal pun (biar ikut kemampuan dirilah kan), asalkan kita ada niat nak tutup kepala(aurat) kita akan tetap dapat pahala kerana kita ikut perintah Allah S.W.T, Pencipta Kita."

Perempuan yang bertudung biasanya akan jaga juga aurat-aurat yang lain. Sebab tu lah kadang-kadang kita tengok perempuan yang pakai tdung ni manis-manis je semua. Sopan je.. Chumel pun ade. Yang penting kita jaga penampilan diri, kemas, dan yang paling penting,, perangai tu!!!! Kalau dah pakai tudung tu, kita cuba menyopankan diri kita di hadapan orang ramai agar orang memandang tinggi kepada wanita-wanita muslimah ini. Manalah tau, nanti ada orang bukan muslim tertarik pada Islam selepas tengok diri kitakan, dah dapat pahala.. Alhamdulillah.. 
Dah la, macam panjang sangat da entry ini, hehe~ sory ya Cik Ika kena baca panjang-panjang pula. huhuhu.. Lastly, kepada wanita muslim, jagalah auratmu.  (^_^)>

4. Letak banner diatas ni di bahagian atas entri anda kemudian link ke segmen ni.
DAH DAH!
5. Dah siap tinggalkan link anda kat Cik Ika oke.
DAH DAH DAH JUGAK, HEEE!
6. Hanya perempuan shaja. ( jangan ada plak laki yang nak join hehe )
SHAYA MEMANG PEREMPUAN LAH!
7. Pemenang dipilih berdasarkan gambar yang elok+sopan dan juga statement yang dibuat.
SOPANLAH KOT. PILIHLAH SAYA CIK IKA.. HUHU! ^_^

TARIKH TUTUP : 24 Ogos 2011 jam 12 t/h

3 pemenang utama akan menerima koleksi tudung dari CARTIECA CLOSET.
semua peserta yang join akan dimasukkan dalam senarai Gadis Bertudung di ruangan sidebar blog Cik Ika sehingga 31 Ogos 2011. 

SELAMAT MENCUBA 
          wahai Gadis Bertudung yang cumil..
Cumilkerr? Cik Ika lagi chomel. ngee lagi~~ hehe.



YEAYY!! Dah siap pon entry ny. Kengkawan sume pun joinlah ye? Doakan kejayaanku. ngeee~~ 
..WASSALAm..





Thursday 11 August 2011

Tips Memujuk Pakwe Secara Psiko

Assalamualaikum, salam Ramadhan.

Malam ni aku tak busy coz assignment semua dah siap and tak ada kuiz pada esok hari. Hanya kelas biasa je esok.  Sekali tup-tup lecturer aku tuh buat surprisekan, memang nahas la aku. Pape jelah, malas nak fikir about study sehari ni boleh tak? -_- haha.. 

So aku ambil kesempatan ini untuk meng-update velog ku yang pink ni. Kenapa pink? aku pun tak tahu padahal aku takdelah fanatik sangat pun dengan pink ini, tapi entah, macam ceria je rasanya suasana kan kan kan? setuju je taw korang. huehuehue..

HOWKAYH, fine. Aku dah lari tajuk. Sebenarnya, aku nak share lah kan macam mana cara-cara nak pujuk lelaki apabila dia merajuk or touching dengan kauorang. Almaklumlahkan, dah melewati zaman millenium ni, orang lelaki pun dah pandai tiru perangai orang perempuan. taknak kalah pulak tuh, sifat yang tak dapat lari daripada lelaki, ego. Maaflah ea andai ada yang tidak berpus hati. Ini hanyalah pandangan aku je.


But first, MENGAPA LELAKI MERAJUK OH?

Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya. Perselisihan faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati dan dia mengambil keputusan untuk membawa diri (merajuk) dan mendiamkan diri dengan tidak membalas mesej atau mengangkat call. Pernahkah anda melaluinya? sama kan kan kan? haha. Sayang aku pun sama kadang-kadang. Tapi dia mana boleh jauh daripada aku, kejap je lagi dia dah baik.

SOOOO,
MACAM NE NAK HANDLE SI DIA NI??

Terdapat 4 tips yang dapat kauorang gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang aku share kat sini dapat membantu kauorang dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu. :)

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian



Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan



Kauorang sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya



Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri kauorang daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran kauorang akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada kauorang kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati kauorang



Ya, adalah lebih baik kauorang mengembirakan hati anda sendiri daripada kauorang memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri kauorang.

Kalau si dia tetap merajuk lagi, memang dia punya ego sangat tinggi la tu. So, kauorang pandai-pandai la pujuk dia ye kalau dah lama sangat tu. Tkot si dia berubah arah pulak nanti. haha..


SELAmAT MENCUBA!!





Friday 5 August 2011

Peminat sinetron


Assalamualaikum dan selamat berbuka kepada semua umat Islam pada hari yang ke-5 kita di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Harini lepas berbuka tadi, aku terus mengadap lappy. Then rasa macam nak update blog je. Tapi kali ini bukan nak cerita pasal diri aku je tapi nak cerita pasal...

 KORANG YANG SUKA CECANGAT TENGOK SINETRON TU!

Siapa yang suka tengok sinetron? kau? aku? Aku suka sedikit je sebabnya aku malas betul nak mengadap cerita dia yang tak habis-habis sampai beratus-ratus episod. Tak penatke agaknya pengarah, pelakon dengan pekerja-pekeja under sinetron-sinetron ini haa. Kalau aku, mesti dah bosan nye. serius! 

ANTARA SINETRON YANG PERNAH HOT DEKAT MALAYSIA INI:

Bawang putih Bawang Merah
Kahwin Masal
Mutiara Hati
Cinta Laura

Putri yang Ditukar


Ada tak yang pernah tengok cerite-cerita ini? Mesti pernahkan. Aku pernah tengok sume cerita kat atas ini tapikan kan kan, aku tengok permulaan dengan hujung dia je u!! Memang aku sangat pemalas nak feeling dia. Balik-balik ada orang ketigalah, mak tiri yang jahat yang tak mati-mati lah, sama je la kalau nak di banding kan sinetron-sinetron Indonesia ini, bagi akulah bagi yang tidak setuju harap maaf ya pak!! ini ada lagi satu benda aku nak share dengan kauorang,

TANDA-TANDA KORANG TERLEBIH TONTON SINETRON:

1.  Korang suka buat aksi terkejut @ marah dengan mimik muka yang super-duper over yakni mulut ternganga luas dan bijik mata dibeliakkan sampai nak terkeluar. Sejibik apa dengan muka pelakon sinetron kan?? Aku dah kata. hehe.

2.  Berupaya berbahasa Indonesia dengan fasih dan dalam masa yang sama terlupa dah berBahasa Malaysia. haha. Ambik kau sejibik lagi kena.

3.  Ini untuk yang dah mendirikan rumah tangga pula, laki balik mengamuk tak hingat sampai nak bakar je televisyen dekat rumah korang tu pasal korang masih belum masak tatkala beliau @ suami baru balik kerja. Yelah kan, mana taknya, balik rumah penat-penat dan lapar lagi boleh pulak kauorang mengadap sinetron! haha.

4.  Memanggil orang laki-laki dengan panggilan "mas" sampaikan orang tu sendiri terteleng-teleng kepala mencari siapa sebanarnya yang korang panggil selain dia. Pernah tak berlaku kat kauorang? Yang ini aku rasa aku pernah kot mengalaminya. kih3!


So, kalau la korang ada ciri-ciri diatas, kauorang adalah salah seorang peminat fanatik sinetron yang semakin berleluasa di Malaysia kini. Chaiyok2! hehehe..

Ini je aku nak share dengan korang. peace. (^_^)>



SALAM 1 MALAYSIA! haha..
BYE BYE.




p/s: daipada boring-boring duduk rumah tu, feeling sinetron best jugakkan? ;P


Thursday 4 August 2011

ecadwinkyasha's giveaway

Assalamualaikum..

Ini my first time join giveaway..
hOpe that i'm lucky!


Btw kawan-kawan, GiveAway ini dianjurkan oleh eca. Sapa dia eca?? Haaa,,,.. Segala teka-teki anda terjawab di bawah!

...............
;;;;;;;;;;;;;;;
::::::::::::::::
...............
;;;;;;;;;;;;;;;
::::::::::::::::::::::::::::::
::::::::::::::::::
..


jeng3~ ^_^


Ini lah dia pemilik blog yang menganjurkan GA ini!
ecadwinkyasha~






Marilah kita beramai-ramai join GA nie, manalah tahu nasib korang baikkan? ;)
wink-wink eca! hehe.
i love ur blog, so nice to see. \(^_^)/




p/s: Selamat Berpuasa

Wednesday 3 August 2011

SEMANGAT!

assalamualaikum.

ADUH!! 

cuti 3 hari bagaikan tiada apa-apa pun yang aku buat ketika di rumah. Lepak-lepak, tengok tv, makan tidur, itu jelah yang aku buat sepanjang masa. Kalau my family or cik boypie tidak ajak keluar, melanguk lah aku kat rumah. Habis lah semua cita-cita aku untuk kurus. hahaha. P dalam bulan puasa ini akan aku diet habis-habisan demi mempejuangkan cita-cita ku. Err, adahah semua orang pun diet kan dalam bulan puasa. apela-apela.

Aku ini kan tak tahulah kenapa kalau keluar dengan family aku jarang sikit ambil gambar, kalau keluar dengan cik boypie tue haa, henfon melekat je kat tangan den. ooh, aq rase maybe coz aq selalu kot dengan family than cik boypie. err, yeke? u think? I really don't know either. That's why lah banyak gambar cik boypie dari gambar family aku dalam blog aku ini.


ini dia antara gambar cik boypie yang aku baru ambil masa jumpa semalam.


so cute la you ny ~.~


mmuah3! panjangnye muncung..

Ini sahajalah gambar-gambar yang dapat disiarkan. Disebabkan bulan puasa, bulan yang mulia ini aku tidak larat untuk memasukkan berbanyak-banyak gambar ke dalam blog ini. Cukuplah sekadar ini okay guys?


Dah dekat u ny, kalau aku boring, tengok movie, wat assignment, n blogwalking je la. kadang-kadang rasa bosan jugak tapi nak buat macamanakan, kita sebagai manusia kenalah mengharungi hidup dengan hati yang terbuka. hahaha. 


Supposely, my baby2 gurlz ajak pergi berbuka kat luar, but hampa ohh ! bila kereta sewa yang sepatutnya disewa oleh kami telahpun disewa oleh orang lain. hurmm.


Maybe next time, err, I think enough for today.
BYE BYE






Thursday 7 July 2011

Puasa Ganti

Assalamualaikum.

Sekarang ny da masuk bulan Sya'ban kan? And secara amnya bulan depan adalah BULAN RAMADHAN!! Tapi aq still tak habis puasa ganti lagi ni. Aq tak nak bayar fidyah coz kang bukan pkai duit aq n semestinya pakai duit parents aq yang tak berdosa tu haa.. Aq punya hal, orang len plak kene kan.. Ape cer bro...? hahaha.. So aq decided nak habiskan puasa ganti aq dalam bulan ni jugak!

Pastue harini, aq dan roomate aq sorang ny ha, Aida nama die,p orang ramai panggil die yuyun. aq un x tawu la kenapa coz aq takda pulak tanya die kan, kitorang pun puasa. So pagi tadi pada pukul 5 pagi kitorang pun bangun coz nak sahur. Tapi setakat ny aq dah 3 hari berturut-turut puasa tanpa sahur, memang kempis la kan perut aq.

Pas kitorang sahur, yuyun cakap die nak tido, tapi x yeh, pastu die online plak. Aq memang xnak tido coz aq de kerja nak kene wat. X lame pastu die ajak aq g mandi, padahal jam baru pukul 5.30. Sumpah memang x pena la kan aq mandi pagi2 camtue weyh. Pas mandy kitorang terus siap2. Da siap kitorang berborak-borak la, tak tawu nak buat pe lagi. Dok borak-borak, siap-siap, sedar-sedar da terang da kat luar.

P sebelum g kelas sempat jugak kitorang berposing ny (hahaha) ;

ni la yuyun yang aq cakap td!
Cutekan?? cam Teletubbies(hahaha)

aq dengan yuyun

kak Ina dengan yuyun

Diorang ny la roomate-roomate aq n muke-muke yang aq tgok tiap-tiap hari. hehehe.. Tapi bes la diorang, sporting habis! N then lepas tu, sume membawa haluan ke kelas masing-masing. Ade yang dekat, ade yang jauh. Nasib baik harini kelas aq dekat je nan kolej. Pastue, sampai kelas lecturer BEL tue pown mintak assignment yang die bagi. Semua budak kelas aq kene keluar kelas balik coz lecturer kata selagi tak siap jangan datang kelas. FUH! Nasib baiklah group aq siap n kitorang je the only group yang survive tak kuar kelas tadi. Tue pun nasib baik je, yang aq cakap aq de kje pagi tadi tue nak buat keje MISS (nama dirahsiakan) tuelah. Dalam kelas, after the lecturer tanda assignment kitorang, die suruh kitorang wat latihan pulak, bile budak-budak yang lain masuk kelas balik, kitorang da siapkan latihan tue, pastue mula la borak2 tanpa hala tuju. Aq plak?? hehehe.. tgoklah bawah ni!

Nie la yang aq wat kalau boring, ish3~


Gambar diatas ny tidak boleh dipercayai. Hanyalah hiasan semata-mata. ^_^

Okelah, aq un tak tahula ape sebenarnya motif aq citer sume ny, pape je just leave ur comment down there kayh! ;)

SALAM...

p/s: sesiapa yang tak ganti puasa lagi tue, gantilah cepat-cepat ye, masih ade mase lagi nie!!

Saturday 2 July 2011

UlangTahun

Assalamualaikum..

Hope korang sume sihat n happy sajer coz harinie hary yang bermakna buatku.
masuk harini aq dah bersama die SETAHUN!! 
xsangka aq, pejam celik-pejam celik da setahun da kitorang kapel. Masa yang berlalu begitu pantas sampai aq sendiri x mnyedarinya. 

Walaupun dah setahun hubungan aq dan dia, aq x pernah sedikit pun merasa bosan kerana dia sangat istimewa dan sangat ku cintai. Walaupun kadang-kadang ade berselisih faham... Almaklumlah, aq nie da la kuat jeles, cepat merajuk, n macam-macam lagilah sifat2 negatif yang aq rase ade pada diri aku nie.. P die tetap cakap die sayang kat aq, die nak aq je bersama die,.. Sebab tuelah bile dengan die aq rase mase sgt cepat pergi. Bile aq rase down ke, kecewa ke.., die sentiasa di sisi aq buat aq happy..

Untuk SeseOrang yg sGt ku sayangi,

Maaf ye sayang andai diri ini ada membuat kau terluka, menangis, marah.. 
Sayang betul-betul ingin menjadi yang terbaik buat Abang.. xpena terlintas dalam hati nie nak buat camtu.. 
Lau leh, sayang nak wat abang happy je setiap mase nan sayang.. p sayang tau,, setiap hubungan ade pasang dan surutnya.. P hanya satu yang sayang harapkan dari abang hanyalah kasih sayang yang tulus dan ikhlas dari hati.., x ada yang lain lagi yg sayang nak.. Boleh x abang sayang kat sayang sampai sayang pergi wat selama-lamanya? t lau sayang da xda, awula abg yeh cari orang lain taw..

Thanx sangat abang sebab sudi syang kat sayang, terima sayang apa adanya.. Sayang heppy sangat dapat kekasih macam abang.. Syg harap hbngan kita nie berkekalan hendaknya.. 

Gmbar lame tp sgt berharga!!


Miannae!!!!!!!!

Walaupun harini kitorangnye annivessary 1st year (kapel je pon, annivessary bagai. hehehe), p kitorang x dapat jumpe or celebrate it coz aq ade modul Kemahiran Insaniah yang wajib pergi oleh semua rakyat jelata di bawah naungan UiTM. Daie pukul 8 pagi tadi pai kul 6.30 baru habis. Nasib baik modul sem ny lepak je x dela aq pengsan nx bangun-bangun daie ats katil pai esok kan.. Btw, before g tadi aq sempat snap gambar kit, nak share je.. hehehe..

ngee..





 Esok pulak aq ade Family Day untuk kolej kesayangan aq ny ha,, pagi-pagi buta dah kene turun,, haish!! lemah lutut ny cam nenek2 umur 90 tahun! Tapi demi kolej tercinta kan......    (-_-) kenela pergi jugak.
Okela, sampai disini je yang aq yeh katakan, yang len akan ku katakan pada lain hari yerk! maap! huhuhu..

wAssalam..

Friday 17 June 2011

Part 3

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.. 
                                                                      \(^_^)/
Amboy, panjangnyerr salam. kOrang pun kene jawab dengan panjang yer.. hehehE~~ 
Today I wanna tell you guys about my study for this semester/part. I am currently in Part 3 taking course Diploma in Banking yang baru je balik dari AGM DIBA tadi. amek kupon je padahal. hehehe!! By the way, just for ur info, AGM stands for Annual Grand Meeting and DIBA is stands for Dip. In. Banking. Association. 


For me, this semester are not easy and I have to study hard for achieve the best results. I wanna make my parents happy and proud of me. This semester there are many subjects that needs calculation where we have to do many exercises, a lot of revisions and assignment such as macroeconomics, finance, and also statistics. There are very hard if we take easy about this subject. Arrghhhhh!!!! How can I get through this!!! Allah the Almighty, everything will run smoothly if we get HIS blessings. Insyaallah.




List of subjects for this part:


  • MACROECONOMICS
  • ENGLISH FOR ACADEMIC PURPOSES
  • FUNDAMENTALS OF FINANCE
  • STATISTICS
  • EKONOMI ISLAM
  • BAHASA MANDARIN
  • KO ( JABATAN PERTAHANAN AWAM 3)


Looks tough huh? But I have to take it cause I don't wanna stay here for any longer!! I wanna finish my study faster so that I can talk to my mum and dad "MAK, ABAH, ANGAH NAK KAWIN!!!" statement mintak dihempuk. hehehehe. 


ny antara buku-buku yang digunakan olehku pada masa ini. Memang ayat poyo giler nak mati la kan.




1. MACROECONOMICS /  ECO






2.  FUNDAMENTALS OF FINANCE





3. STATISTICS




Students here calls the subject up there as a "KILLER SUBJECTS". Same with me. It needs we to be focus and do a lot of revisions and exercises. I think if we had hard work and focus, everything we want would become true..  Are you agree with me?? (^_^)>




4. HUAYU / MANDARIN






For students who taking Business, Banking or other else.., in Part 3 they should take a third language courses. They can choose either Bahasa Arab nor Mandarin. I have choose Mandarin as I wanted to know about the Chinese words. I has learned Bahasa Arab while I am in lower school. So that, I think I would rather prefer something that is new for me.


By the way, sorry cuz the other subjects I did't take the picture as the books I havent buy yet. ngeh3.. 


So, thats all for me right now.. have things to do. see ya next time. Wassalam..