Thursday 11 August 2011

Tips Memujuk Pakwe Secara Psiko

Assalamualaikum, salam Ramadhan.

Malam ni aku tak busy coz assignment semua dah siap and tak ada kuiz pada esok hari. Hanya kelas biasa je esok.  Sekali tup-tup lecturer aku tuh buat surprisekan, memang nahas la aku. Pape jelah, malas nak fikir about study sehari ni boleh tak? -_- haha.. 

So aku ambil kesempatan ini untuk meng-update velog ku yang pink ni. Kenapa pink? aku pun tak tahu padahal aku takdelah fanatik sangat pun dengan pink ini, tapi entah, macam ceria je rasanya suasana kan kan kan? setuju je taw korang. huehuehue..

HOWKAYH, fine. Aku dah lari tajuk. Sebenarnya, aku nak share lah kan macam mana cara-cara nak pujuk lelaki apabila dia merajuk or touching dengan kauorang. Almaklumlahkan, dah melewati zaman millenium ni, orang lelaki pun dah pandai tiru perangai orang perempuan. taknak kalah pulak tuh, sifat yang tak dapat lari daripada lelaki, ego. Maaflah ea andai ada yang tidak berpus hati. Ini hanyalah pandangan aku je.


But first, MENGAPA LELAKI MERAJUK OH?

Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya. Perselisihan faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati dan dia mengambil keputusan untuk membawa diri (merajuk) dan mendiamkan diri dengan tidak membalas mesej atau mengangkat call. Pernahkah anda melaluinya? sama kan kan kan? haha. Sayang aku pun sama kadang-kadang. Tapi dia mana boleh jauh daripada aku, kejap je lagi dia dah baik.

SOOOO,
MACAM NE NAK HANDLE SI DIA NI??

Terdapat 4 tips yang dapat kauorang gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang aku share kat sini dapat membantu kauorang dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu. :)

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian



Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan



Kauorang sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya



Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri kauorang daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran kauorang akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada kauorang kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati kauorang



Ya, adalah lebih baik kauorang mengembirakan hati anda sendiri daripada kauorang memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri kauorang.

Kalau si dia tetap merajuk lagi, memang dia punya ego sangat tinggi la tu. So, kauorang pandai-pandai la pujuk dia ye kalau dah lama sangat tu. Tkot si dia berubah arah pulak nanti. haha..


SELAmAT MENCUBA!!





2 comments:

  1. waa...entry mnarik :) dh follow dh :) happy blogging!

    ReplyDelete
  2. haha.. baru jer belajar.. x mcam die. ^^

    ReplyDelete