Friday, 5 August 2011

Peminat sinetron


Assalamualaikum dan selamat berbuka kepada semua umat Islam pada hari yang ke-5 kita di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Harini lepas berbuka tadi, aku terus mengadap lappy. Then rasa macam nak update blog je. Tapi kali ini bukan nak cerita pasal diri aku je tapi nak cerita pasal...

 KORANG YANG SUKA CECANGAT TENGOK SINETRON TU!

Siapa yang suka tengok sinetron? kau? aku? Aku suka sedikit je sebabnya aku malas betul nak mengadap cerita dia yang tak habis-habis sampai beratus-ratus episod. Tak penatke agaknya pengarah, pelakon dengan pekerja-pekeja under sinetron-sinetron ini haa. Kalau aku, mesti dah bosan nye. serius! 

ANTARA SINETRON YANG PERNAH HOT DEKAT MALAYSIA INI:

Bawang putih Bawang Merah
Kahwin Masal
Mutiara Hati
Cinta Laura

Putri yang Ditukar


Ada tak yang pernah tengok cerite-cerita ini? Mesti pernahkan. Aku pernah tengok sume cerita kat atas ini tapikan kan kan, aku tengok permulaan dengan hujung dia je u!! Memang aku sangat pemalas nak feeling dia. Balik-balik ada orang ketigalah, mak tiri yang jahat yang tak mati-mati lah, sama je la kalau nak di banding kan sinetron-sinetron Indonesia ini, bagi akulah bagi yang tidak setuju harap maaf ya pak!! ini ada lagi satu benda aku nak share dengan kauorang,

TANDA-TANDA KORANG TERLEBIH TONTON SINETRON:

1.  Korang suka buat aksi terkejut @ marah dengan mimik muka yang super-duper over yakni mulut ternganga luas dan bijik mata dibeliakkan sampai nak terkeluar. Sejibik apa dengan muka pelakon sinetron kan?? Aku dah kata. hehe.

2.  Berupaya berbahasa Indonesia dengan fasih dan dalam masa yang sama terlupa dah berBahasa Malaysia. haha. Ambik kau sejibik lagi kena.

3.  Ini untuk yang dah mendirikan rumah tangga pula, laki balik mengamuk tak hingat sampai nak bakar je televisyen dekat rumah korang tu pasal korang masih belum masak tatkala beliau @ suami baru balik kerja. Yelah kan, mana taknya, balik rumah penat-penat dan lapar lagi boleh pulak kauorang mengadap sinetron! haha.

4.  Memanggil orang laki-laki dengan panggilan "mas" sampaikan orang tu sendiri terteleng-teleng kepala mencari siapa sebanarnya yang korang panggil selain dia. Pernah tak berlaku kat kauorang? Yang ini aku rasa aku pernah kot mengalaminya. kih3!


So, kalau la korang ada ciri-ciri diatas, kauorang adalah salah seorang peminat fanatik sinetron yang semakin berleluasa di Malaysia kini. Chaiyok2! hehehe..

Ini je aku nak share dengan korang. peace. (^_^)>



SALAM 1 MALAYSIA! haha..
BYE BYE.




p/s: daipada boring-boring duduk rumah tu, feeling sinetron best jugakkan? ;P


No comments:

Post a Comment

GOOGLING ~