Tuesday, 14 August 2012

People changing




Betullah orang cakap selama ni.

MANUSIA MEMANG CEPAT BERUBAH!!

Perubahan yang sangat drastik itu membuatkan hati aku yang kental dulunya kini menjadi sgt lemah. Sampaikan kalau jumpa dengan diorang pun aku dah boleh nampak aura bencinya diorang dekat aku.

even diorang buat macam biasa je, tapi diri kita sendiri automatically akan tahu yang diaorang sudah berubah.

Dan apabila satu hari terlihat bukti yang benar-benar membuktikan kebencian mereka padaku, barulah aku sedar. Hati yang dahulunya keras, kental seperti kaca kini berderai , retak bukanlah seribu, malahan jutaan keretakan.

Sekarang aku cuba bangkit kembali, cuba kembali seperti biasa.

Tetapi....
hati aku seperti diratah apabila berdepan mereka.

Why farhana?
Dulu kaulah yang paling kuat gelak, bising dalam kelas, aktif je.
Sekarang ni pergi kelas pun layu je..
Jangan tanya aku kenapa.
Semua berpunca dari kamu dan kamu.

Aku ni bukan manusia yang cepat melupakan. Parut di hati aku masih berdarah. Tak tahu bila sembuh. 

Tapi jikalau benar kamu dan kamu benar-benar telah berubah, mungkin aku akan memaafkan. 

Jika tidak, aku takkan pernah memaafkan. Dan aku juga takkan pernah menyesal kehilangan kawan seperti kamu. 

Sebab aku tak pernah dapat kawan yang makan kawan. Ini lah first time dalam hidup aku dan aku rasa aku takkan lupakan sampai bila-bila.

Andai terjadi pada korang, aku rasa barulah korang akan terasa betapa sakitnya hati. 

Maaf kalau ada terbuat korang teras ke apa ea.. Tapi inilah isi hati aku. Seorang kawan yang setia tetapi dikhianati. 



assalamualaikum..




*still feeling sad.


No comments:

Post a Comment

GOOGLING ~